Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA :, HUDA FARZANA SUHAIMI,…
KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA :
MASYARAKAT BOYAN
BUDAYA
Keperluan masyarakat untuk mengatur hidupnya dari aspek pemikiran dan tingkah lakunya
SOSIOBUDAYA
Amalan gaya hidupdanperadaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan(Rosfazila Abd Rahman, 2019).
Masyarakat perantau yang keluar daripada kampung halaman untuk mencari kehidupan yang lebih baik
Masyarakat Boyan berpegang kuat
kepada pesanan orang tua supaya sentiasa mengekalkan budaya dan adat ke mana sahaja mereka pergi.
Elemen Sosiobudaya Masyarakat Boyan
Masyarakat
Boyan merupakan kelompok etnik yang sukar bercampur dengan etnik lain meskipun etnik tersebut juga dalam kalangan warganegara yang sama yakni warganegara Indonesia(Muhammad Ridhwan Sarifin & Mohamad Fauzi Sukimi, 2016).
kelompok masyarakat Boyan mempunyai pendirian tetap dan keteguhan atau ketegasan terhadap identiti mereka walau di mana sahaja mereka berada.
Adat resam dan tradisi
Identiti masyarakat Boyan yang diserlahkan melalui
pengamalan budaya membolehkan masyarakat untuk membezakan adat masyarakat Boyan dengan masyarakat lain yang berada di sekelilingnya.
Adat Perkahwinan
Sebelum mengadakan upacara atau majlis perkahwinan, kelompok masyarakat Boyan akan mengadakan musyawarah atau dari segi istilahnya disebut sebagai “kumpul orang”.
Sumbangan dihulurkan dalam pelbagai bentuk seperti
wang ringgit, barangan keperluan asas dan hadiah.
Masyarakat Boyan juga dilihat masih mengamalkan yang dalam istilah Melayunya dipanggil sebagai merewang
Nyanyian atau bunyian yang mengiringi majlis dipenuhi dengan alunan nasyid, zamrah, gelimpang dan berzanji
Persembahan kompang dimainkan mengikut keadaan dan dijalankan tidak kira pada waktu siang atau malam
Adat Kelahiran
Mempunyai adat kelahiran yang bermula daripada adat melenggang perut, adat semasa bersalin, adat bertahnik, adat bercukur dan aqiqah, adat menjijak tanah dan adat menaiki buai.
Adat bercukur selepas bayi dilahirkan merupakan salah satu budaya yang diamalkanoleh masyarakat Boyan di kawasan lapangan.
Aqiqah turut diadakan bagi keluarga yang berkemampuan
Adat Kematian
Jika mendapat berita kematian, seluruh masyarakat yang mengenalinya akan turun ke rumah si
mati untuk memberikan penghormatan terakhir.
Orang ramai yang memenuhi
rumah keluarga si mati akan membawa buah tangan dalam pelbagai bentuk sumbangan kepada keluarga si mati.
selepas upacara pengebumian, bacaan tahlil
akan diadakan selama tiga malam berturut-turut, kemudian pada hari ketujuh, hari ke seratus, satu tahun, dua tahun sehingga tiga.
Seluruh ahli keluarga yang pandai membaca Al-Quran dikehendaki untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh tujuh hari sebermula daripada hari meninggalnya si
mati.
Kepercayaan dan Pantang Larang
Masyarakat Boyan kaya dengan kepercayaan dan pantang larang turun temurun yang mempengaruhi peraturan sosial dan budaya bagi kelompok masyarakat tersebut
Pantang Larang Pengantin
masyarakat Boyan pada zaman dahulu melarang pengantin keluar dari rumah, kerana wangiannya dan kemanisan darahnya itu menarik minat
benda-benda kotor yang tidak dapat dilihat
pasangan pengantin yang baru bernikah tidak dibenarkan keluar meninggalkan rumah selamatiga hari
masyarakat Boyan melarang pasangan pengantin daripada sewenang-wenangnya bebas keluar dan masuk ke rumah.
Pantang Larang Ibu Mengandung
Jika ibu mengandung terlihat akan seekor kucing yang sedang berjalan, ibu mengandung tidak dibenarkan untuk memukulnya bahkan membuatkan kucing itu mati
Jika terlihat akan orang yang tidak betul atau tidak siuman, jangan diketawakan atau ditegur
Jika terlihat akan orang yang mengalami kekurangan fizikal atau cacat, jangan diketawakan.
Pantang Larang Kematian
Sewaktu tetamu inginmembacakan surah yaasin kepada jenazah, dinasihatkan supaya para tetamu tidak membacanya dengan berhimpun berdekatan dengan jenazah.
Masyarakat Boyan dikatakan tidak boleh mencium jenazah sekiranya dirinya tidak boleh menahan perasaan sebak dan sedih yang melampau.
HUDA FARZANA SUHAIMI
NORSHIKIN CHUA
RUJUKAN:
http://journalarticle.ukm.my/19697/1/468-Article%20Text-673-1-10-20220707.pdf