Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
M4 Strategi Bimbingan Kerjaya, Koh Nan Cy V17, Interaksi 4 - Coggle Diagram
M4 Strategi Bimbingan Kerjaya
Pendekatan Bimbingan
Bimbingan Individu
Bimbingan kelompok
Mengadakan program bimbingan di sekolah adalah satu tindakan formal yang diambil oleh pihak sekolah atau mana-mana agensi dan dapat dimanfaatkan oleh yang memerlukan (Shertzer & Stone 1992).
Cara membantu orang lain atau satu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri mereka
Prinsip bimbingan yang boleh menjadi panduan
Perkhidmatan hendaklah diberikan kepada semua murid.
Perkhidmatan hendaklah bermatlamatkan pembinaan sikap dan berdikari.
Perkhidmatan hendaklah berkaitan dengan pertumbuhan murid.
Perkhidmatan bimbingan dan pengajaran harus saling menyokong.
Masa yang secukupnya hendaklah diberikan kepada aktiviti bimbingan.
Peralatan dan kemudahan yang secukupnya adalah penting.
Kepimpinan yang mantap dan penglibatan personalia lain adalah penting.
Tanggungjawab hendaklah dikongsi dengan persenolia lain. Sementara tanggungjawab utama hendaklah dipikul oleh GBK (Kaunselor).
Kod etika hendaklah menjadi panduan aktiviti bimbingan dalam mengendalikan maklumat peribadi murid.
Aktiviti bimbingan hendaklah bersifat berterusan.
Data yang dipungut hendaklah yang mendatangkan faedah. Sikap saintifik adalah penting dalam memungut data murid.
Aktiviti bimbingan dan kaunseling memerlukan kecekapan yang tertentu, latihan yang secukupnya, dan ciri personaliti yang sesuai.
Proses merancang Kerjaya
Mengenali diri sendiri (meningkatkan kesedaran kendiri)
Mengira skor dan mendapatkan tafsiran skor dalam bentuk kod personaliti (Tiga Huruf) dan keterangannya.
Membuat pilihan pekerjaan yang dianggap sesuai/kongruen dengan kod personaliti.
Membuat penerokaan tentang pekerjaan yang dipilih daripada semua aspek maklumat kerjaya.
Melihat hubungan antara pendidikan dan pekerjaan dengan membandingkan syarat kemasukan latihan dengan mata pelajaran prestasi mereka dalam subjek berkaitan.
Membincangkan sama ada pekerjaan yang dipilih dianggap sesuai dan wajar.
Membuat keputusan akhir tentang pilihan pekerjaan.
Merancang jalan kerjaya yang bertujuan untuk mencapai keputusan yang telah dibuat seperti memilih program latihan yang sesuai dan institusi pengajian yang sesuai.
Merancang strategi jangka pendek untuk mencapai keputusan akademik yang melayakkan seseorang mengikuti latihan yang telah dipilih.
Komponen Bimbingan
membimbing murid mencari dan mendapatkan peluang melanjutkan pelajaran, peluang latihan dan peluang kerja
Pengujian
membantu kaunselor memperolehi data sokongan daripada kaedah yang bersifat saintifik.
Ujian minat atau personaliti umpamanya dapat membantu GBK/kaunselor merancang kerjaya murid.
konsultasi
mengembangkan perkhidmatan bimbingan kepada pihak lain yang mempunyai kaitan langsung atau tidak dengan perkembangan murid.
Aktiviti bimbingan
menyediakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan menyuburkan perkembangan diri pelajar. Perkembangan yang dimaksudkan termasuklah perkembangan akademik, perkembangan sahsiah dan rohani.
Penempatan dan susulan
Penilaian
program yang dinilai dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanan program yang dijalankan.
Kaunseling
peluang untuk murid menyelesaikan masalah, memahami diri mereka dan memahami persekitaran mereka dengan bantuan seorang yang terlatih
Maklumat
Maklumat yadikumpul untuk murid seperti maklumat peluang pendidikan, maklumat kerjaya baik yang berupa peluang latihan mahupun peluang pekerjaan.
Koh Nan Cy V17
Interaksi 4