Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Hukum Taklifi - Coggle Diagram
Hukum Taklifi
Bahagian-bahagian hukum taklifi (Ulama' Hanafi)
Fardhu: Khitabullah yang mengehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang pasti melalui dalil qath'ie
Ijab: Khitabullah yang mengehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan pasti melalui dalil zhanni seperti hadis ahad, qiyas dan sebagainya
Nadab/Sunat: Khitabullah yang mengehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang tidak pasti
Tahrim: Khitabullah yang mengehendaki tuntut meninggalkan melakukan perbuatan sebagai tuntutan pasti melalui dalil qath'ie
Karahah al-Tahrim: Khitabullah yang mengehendaki tuntut meninggalkan melakukan perbuatan sebagai tuntutan pasti melalui dalil zhanni
Karahah al-Tanzih: Kitabullah yang mengehendaki tuntut meninggalkan melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang tidak pasti (Seperti sabda nabi yang melarang memakan daging kuda dan minum susu)
Ibahah/Harus: Khitabullah yang menunjuk kepada diberi pilihan di antara melakukan perbuatan atau meninggalkannya
Bahagian-bahagian perbuatan yang berkaitan hukum taklifi (Ulama' Hanafi)
Diharuskan (al-Mubah): perkara yang syarak memberi pilihan kepada mukallaf antara melakukannya atau meninggalkannya
Yang difardhukan: perkara yang syarak menuntut mukallaf melakukannya secara tuntutan pasti melalui dalil qath'ie seperti solat dan membayar zakat
Haram: perkara yang syarak menuntut mukallaf meninggalkannya secara tuntutan pasti melalui dalil qath'ie seperti makan harta anak yatim
Wajib: perkara yang syarak menuntut mukallaf melakukannya secara tuntutan pasti melalui dalil zhanni seperti hadis Ahad dan qiyas. Misalnya, membaca al-Fatihah di dalam solat
Makruh al-Tahrim: perkara yang syarak menuntut mukallaf meninggalkannya secara tuntutan pasti melalui dalil zhanni seperti menjual ke atas orang lain (hukum:mesti ditinggalkan)
Makruh al-Tanzih: sama seperti pada pandangan jumhur ulama' (hukum: mesti ditinggalkan)
Yang disunatkan (Mandub): sama seperti penjelasan oleh jumhur ulama'
Bahagian-bahagian hukum taklifi (Jumhur Ulama')
Ijab: Khitabullah yang mengehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang pasti
Nadab/Sunat: Khitabullah yang mengehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang tidak pasti
Tahrim: Khitabullah yang mengehendaki tuntut meninggalkan perbuatan sebagai tuntutan yang pasti
Karahah: Khitabullah yang mengehendaki tuntut meninggalkan melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang tidak pasti
Ibahah: Khitabullah yang menunjuk kepada diberi pilihan di antara melakukan perbuatan atau meninggalkannya
Bahagian-bahagian perbuatan yang berkaitan hukum taklifi (Jumhur Ulama')
Wajib: Perkara yang syarak menuntut mukallaf melakukannya sebagai tuntutan pasti atau perkara yang diberi pahala kerana melakukannya dan diseksa kerana meninggalkannya (Cth: Solat 5 waktu)
Wajib (sudut waktu)
Wajib bebas (wajib mutlak): boleh dilakanakan pada bila-bila masa dalam masa hidup seperti kafarah
Wajib terhad (wajib muqayyad): dilakukan pada masa tertentu seperti puasa dan haji
Wajib terhad dengan waktu luas (wajib muwassi'): solat fardhu subuh
Wajib terhad dengan waktu cukup-cukup (wajib mudhayyiq): puasa bulan ramadhan
Segera (ta'jil): melakukan perkara wajib sebelum waktu yang ditentukan oleh syarak menunaikannya seperti mengeluarkan zakat fitrah di awal ramadhan)
Mengulang (al-i'adah): melakukan perkarawajib di dalam waktunya serta di dahului perbuatan oleh penunai yang cedera (cth: solat zohor tanpa bersuci kemudian diulangi dalam waktunya dengan bersuci)
Qada': melakukan perkara wajib setelah waktunya (cth: solat asar setelah tenggelam matahari)
Tunai (Ada'): melakukan perkara wajib di dalam waktunya dalam didahului perbuatan lain (cth: solat zohor pada waktunya tanpa didahulukan oleh solat zohor yang lain)
Wajib (Penentuan kadar)
Wajib yang ditentukan (Wajib al-Muhaddad): wajib yang ditentukan oleh syarak akan kadarnya seperti solat rafdhu 5 waktu
Wajib yang tidak ditentukan (Wajib Ghairu Muhaddad): wajib yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak seperti tolong-menolong dalam melakukan kebajikan
Wajib (Orang Mukallaf)
Fardhu ain: wajib ke atas setiap mukallaf seperti zakat dan solat
Fardhu kifayah: wajib ke atas keseluruhan mukallaf. Terlepas bebanan jika ada wakil yang melaksanakannya seperti mempelajari ilmu perubatan
Wajib (Penentuan yang dituntut dengannya)
Wajib tertentu (Wajib mu'ayyan): dituntut oleh syarak tanpa ada pilihan seperti solat
Wajib pilihan (Wajib mukhayyar): dituntut dengan memilih salah satu daripadanya (cth: pilihan dalam melaksanakan kifarah sumpah)
Wajib pilihan yang diharuskan melakukan kesemua perkara (cth: perkara dalam menunaikan sumpah)
Wajib yang tidak harus dilakukan kesemua perkara iaitu perkara-perkara yang diberi pilihan. Contohnya, sekiranya mati ketua negara, wajib ke atas orang ramai untuk mencari ganti dari kalangan mereka yang cukup syarat.
Mandub/Yang disunatkan: perkara yang syarak menuntut mukallaf melakukannya sebagai tuntutan tidak pasti
Sunat muakkad: perkara sunat yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW dan tidak pernah ditinggalkan oleh baginda kecuali jarang-jaran sekali (cth: solat dua rakaat sebelum Subuh)
Sunat tidak muakkad: perkara sunat yang tidak selalu dilakukan oleh Rasululah SAW (cth; solat empat rakaat sebelum Asar)
Sunat al-Zawaid: mengikut nabi dalam perkara kebiasaan yang lahir darinya sebagai sifat kemanusiaan seperti makan dan minum
Haram: perkara yang syarak menuntut mukallaf meninggalkannya sebagai tuntutan pasti seperti riba'
Haram lizatihi (haram kerana dirinya sendiri); perkara yang haram pada permulaannya kerana mengandungi kemudaratan yang tidak berpisah daripadanya seperti zina dan mencuri
Haram lighairihi (haram kerana yang lain darinya): perkara yang pada asalnya disyariatkan tetapi disertai dengan sesuatu yang mengharamkannya seperti puasa di hari raya
Makruh: perkara yang syarak menuntut mukallaf meninggalkannya sebagai tuntutan tidak pasti
Mubah/ yang diharuskan: perkara yang syarak memberi pilihan kepada mukallaf antara melakukannya atau meninggalkannya
Khitabullah yang mengehendaki tuntut melakukan perbuatan atau meninggalkannya atau diberi pilihan diantara keduanya.