Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Strategi Pengajaran Abad ke 21
Strategi ini digunakan dalam pengajaran…
Strategi Pengajaran Abad ke 21
Strategi ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini bagi memenuhi keperluan modal insan yang diperlukan negara
Konstruktivisme
Ia adalah dimana pelajar membina sendiri pengetahuan baru dengan bantuan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid
Kekurangan - Memerlukan daya kognitif yang tinggi, hanya sesuai untuk pelajar tertentu sahaja, agak kompleks
Kelebihan - Murid mudah faham, dapat menyelesaikan masalah, meningkatkan rasa ingin tahu murid berasa seronok
Kontekstual
Ia adalah dimana murid mengaitkan pengetahuan/pembelajaran lama dengan persekitaran/pengalaman harian mereka
Kelebihan - Murid lebih faham, mudah untuk mengembangkan idea, seronok dan bermotivasi untuk belajar
Kekurangan- Mengambil masa yang lama, hanya sesuai digunakan untuk topik tertentu, pengalaman yang berbeza beza menyukarkan proses hubungkait dalam pembelajaran
Koperatif
Pembelajaran didalam kumpulan dan guru menjadi fasilitator murid ketika belajar dalam kumpulan
Kelebihan- Meningkatkan motivasi murid, panduan diberikan secara menyeluruh kepada murid, menyeronokkan, tidak sukar
Kekurangan - Murid tidak mahu mengembangkan idea, tiada keyakinan diri, tidak berdaya saing
-
Penyelesaian Masalah
Ia memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang ada untuk menyelesaikan masalah
Kelebihan - Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, menggalakkan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan, tidak bosan
Kekurangan - Memerlukan daya kognitif yang tinggi, memerlukan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu tajuk/topik
Kajian Masa Depan
Suatu pendekatan yang mendidik murid tentang perkara yang sudah berlaku, sedang berlaku dan juga akan berlaku
Kelebihan - Meningkatkan rasa ingin tahu murid, meningkatkan daya imaginasi, meningkatkan kreativiti, meningkatkan perubahan diri kearah yang lebih baik
Kekurangan - Memerlukan daya imaginasi yang tinggi, memerlukan motivasi untuk berubah, mengambil masa yang panjang
Bahan Pdp Abad 21
Bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 bagi memastikan keberkesanan pdp
Pengintegrasian TMK berasaskan Web - Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi berasaskan website atau portal yang dibina atau dipinjam
Kelebihan- Menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, tidak bosan, melahirkan modal insan yang celik IT
Kekurangan - Memerlukan tahap penguasaan TMK yang tinggi, kemudahan komputer yang terhad, website perlu kepada tapisan, terdapat kos pengguna
-
Bahan Video
Ia merupakan bahan yang mengandungi grafik, teks, audio dan animasi
Kelebihan - Menarik, dapat menyediakan pengalaman belajar yang berbeza kepada murid, mudah difahami, dapat membawa masuk suasana luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Kekurangan - Memerlukan kemudahan seperti LCD, pembesar suara dan lain-lain kelengkapan TMK.
-