Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PROSES PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PROSES PEMBELAJARAN
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN
Persekitaran: suasana kelas yang kondusif lengkap dengan pelbagai kemudahan menjadikan murid bersemangat untuk belajar.
Sekolah: mewujudkan pelbagai program yang berunsurkan pendidikan.
Keluarga/ ibu bapa: memberikan dorongan, motivasi, kata semangat untuk anak
Rakan sebaya: Rakan yang mempunyai semangat untuk berjaya mampu mempengaruhi tingkah laku untuk belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh kecemerlangan.
Minat: Murid mempunyai minat yang berbeza. Minat murid terhadap sesuatu subjek mendorong mereka untuk memberi lebih tumpuan kepada subjek tersebut.
IMPLIKASI PROSES PEMBELAJARAN TERHADAP PDP
DARI ASPEK GURU
Kesediaan belajar : Mendorong guru untuk mencari dan merancang aktiviti pengajaran yang mudah difahami oleh murid.
Penanggapan : Guru dapat membantu pelajar menguasai bahasa untuk digunakan untuk membentuk konsep dan prinsip baru.
Pemindahan pelajaran : Guru dapat memastikan murid-murid telah bersedia dari semua segi sebelum melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang seterusnya.
Persepsi : Guru perlu menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid
Ingatan & Lupaan : Guru menggunakan teknik motivasi supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran
DARI ASPEK MURID
Persepsi : murid dapat menumpukan perhatian terhadap rangsangan persekitaran dan meningkatkan kepekaan mereka terhadap pancaindera.
Pemindahan pelajaran : Murid dapat membuat perkaitan pelajaran baru dengan pelajaran lama dengan mengesan persamaan dan perbezaan di antara keduanya.
Ingatan dan lupaan : Murid dapat menyimpan maklumat yang didapatkan dalam jangka masa panjang serta dapat mengaitkan bahan dan bahan sedia ada melalui pengalaman.
Implikasi kesediaan belajar: Minat murid meningkat kerana suasana pembelajaran yang kondusif diwujudkan.
Penanggapan : Murid boleh memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas kerana bahan-bahan konkrit digunakan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).