2. Persekitaran - Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta kejadian yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Keperibadian dan persekitaran tidak hanya merujuk kepada persekitaran fizikal tetapi juga merujuk kepada pelbagai jenis orang, masyarakat, budaya, adat istiadat, tradisi, warisan sosial, idea dan cita-cita. Ini termasuklah pengalaman seseorang individu seperti keadaan harian di rumah, bergaul dengan jiran, persekolahan dan masyarakat dimana individu berada. Persekitaran ini akan membawa perbezaan individu dalam tingkah laku, aktiviti, sikap, dan ciri-ciri gaya hidup. Sebagai contoh, individu yang tinggal di bandar cenderung untuk sibuk dengan pelbagai urusan, bercita-cita tinggi dan bersikap terbuka berbeza dengan individu yang tinggal di luar bandar dimana mereka lebih terikat dengan budaya, adat istiadat, menjaga batas-batas pergaulan dan bersikap lebih mesra.