Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5 elemen kepelbagaian budaya dalam kurikulum - Coggle Diagram
5 elemen kepelbagaian budaya dalam kurikulum
Pedagogi berpusatkan murid
murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu.
Dalam proses PdP, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.
Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid
:star: Dalam aktiviti Pdp, murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru adalah pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
:star: Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.
:star: Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.
:star: Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
:star: Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.
:star: Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
Kurikulum pelbagai budaya
proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989).
:explode: aspek konsep
pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
:explode: aspek gerakan
pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
:explode: aspek proses
pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
Pendekatan perlaksanaan pendidikan pelbagai budaya
:check: guru meningkatkan pencapaian akademik pelajar termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
:check: guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar. Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
:check: pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya juga harus fleksibel.
:check: pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
:check: Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain. Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber.
Penggunaan bahan sumber pengajaran berasaskan budaya
Ikhsan dan Norilla (2006),
Sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses P&P yang ditetapkan.
mengaitkan dengan kehidupan
bantu murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kehidupan seharian
pengajaran yang hampir kepada keadaan sebenar
dapat mengekatkan jurang antara dunia luar dengan alam persekolahan
pengajaran bersemangat dan berharga
sumber yang diguna dapat merangsang persekitaran p&p. Contohnya: peristiwa jauh di bawa dalam bentuk filem
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan cetak
Bahan bukan cetak
Pentaksiran
pentaksiran adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusanbagi tindakan yang akan diambil kelak.
Pentaksiran yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar.
pentaksiran bertujuan memberi maklum bals tentang kelemahan dan kekuatan pengajran dan pembelajaran, seterusnya pembangunan program pendidikan.
Contoh-contoh pentaksiran mesra budaya
:check: pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah
:check: Pentaksiran portfolio
:check: penulisan jurnal
:check: projek
:check: ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran
:check: penilaian kendiri murid
:check: penilaian kendiri guru
Penilaian berterusan
Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masatidak kira masa tertentu.
Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid darisatu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa muridmenjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai.
Penilaian berterusan juga adalah penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki kelemahan serta-merta supayakelemahan tidak terkumpul banyak.