Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
International Standard Book Number (ISBN) - Coggle Diagram
International Standard Book Number (ISBN)
Maksud
satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.
Sejarah
ISBN diperoleh daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982
Struktur ISBN
ISBN 13 digit dicetak tebal dan dibahagikan kepada lima bahagian, setiap satu dipisahkan oleh tanda sempang.
Kod ISBN
Bahagian I : Kod Industri Buku. Bahagian ini mewakili kod industri buku yang digunakan pada peringkat antarabangsa.
Bahagian II : Identiti Kumpulan/Kod Negara. Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit. Malaysia mempunyai 2 identiti kumpulan/kod negara iaitu 983 dan 967.
Bahagian III : Identiti Penerbit. Bahagian ini memberi identiti atau pengenalan penerbit dalam sesebuah negara atau kumpulan.
Bahagian IV : Identiti Judul. Bahagian ini mewakili bilangan judul yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.
Bahagian V : Angka Kawalan. Angka Kawalan ini mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN dan mengesahkan pembinaan struktur nombor ISBN
Penggunaan ISBN
Setiap judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang sama
Setiap Edisi Baru bagi judul yang telah atau pernah diterbitkan, misalnya edisi ke-2, edisi semakan, dan lain-lain.
Cetakan semula buku yang dikeluarkan oleh penerbit yang berlainan.
Buku-buku dalam berlainan format, misalnya edisi kulit keras dan edisi kulit nipis atau bercetak dan e-book.
Karya berbilang jilid (set), iaitu satu ISBN diberi kepada setiap jilid dan satu lagi ISBN diberi kepada seluruh set berkenaan sekiranya diperlukan.
Cetakan semula judul-judul yang pernah diterbitkan tanpa ISBN.
Penerbitan bersama. Satu ISBN diberikan kepada penerbit yang bertanggungjawab atas pengedaran.
Buku-buku yang diimport dari negara atau kawasan yang belum menyertai program ISBN.
Penerbitan helai cerai.
Bahan audio-visual pendidikan dan terbitan monograf dalam format tidak bercetak. Contoh: Bahan audio-visual untuk terbitan sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi (CD-Rom, video, kaset dan lain-lain).