4. Pembelajaran bahasa akan memberi kebaikan-kebaikan akademik, kognitif dan budaya - Penggunaan bahasa dalam pembelajaran di dalam kelas akan menentukan kecemerlangan akademik pelajar. Apabila pelajar sedar kepentingan bahasa, maka mereka akan menggunakannya untuk menuntut ilmu pengetahuan menerusi kemahiran kognitif yang dimiliki sejak kecil lagi. Persekitaran hidup, tempat tinggal, budaya dan interaksi hidup dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sebaya, komuniti dan masyarakat menyediakan kemahiran-kemahiran bahasa yang maksimum.