Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengenalan Teori Sastera Kanak-Kanak - Coggle Diagram
Pengenalan Teori Sastera Kanak-Kanak
Sastera Kanak-Kanak
Definisi Bahasa
Clynch-Brown & Tomlinson (1999)
- Buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak.
Falsafah Sastera Kanak-Kanak
Falsafah bagi sastera kanak-kanak menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta memastikan kanak-kanak menjalani zaman kanak-kanaknya dan merintis masa depan dengan sejahtera.
Hala Tuju Sastera Kanak-Kanak
Hala tuju sastera kanak-kanak ialah untuk memastikan bahan bacaan kanak-kanak mengandungi tajuk dan isi kandungan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Ciri-Ciri Sastera Kanak-Kanak
Kandungan yang sesuai dengan tahap perkembangan
kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat menjiwai cerita
dan keindahan karya tersebut.
Penggunaan perkataan yang sesuai
bagi menyampaikan sesuatu idea ataupun untuk menggambarkan sesuatu.
Bentuk ilustrasi yang cantik dan bersesuaian
dengan cerita.
Mampu menghidupkan imaginasi dan menghiburkan
.
Teori Behavioris oleh Skinner, 1957
Menyatakan pembelajaran berlaku apabila ada
rangsangan dan tindak balas yang berulang
.
Berdasarkan teori ini, pembelajaran bahasa merupakan satu penguasaan atau kebisaan yang
diperoleh dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai
.
Kanak-kanak melakukan imitasi kepada bahasa pertuturan orang dewasa
yang merupakan model bahasa kepada mereka.
Penguasaan bahasa kanak-kanak akan menjadi
lebih berkesan melalui peneguhan daripada orang dewasa
.
Teori Nativist oleh Naom Chomsky, 1965
Pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara semulajadi
.
Menurut Chomsky,
setiap kanak-kanak lahir bersama mekanisma/potensi bahasa dalam otak kanak-kanak yang dikenali sebagai LAD
(Language Acquisition Device)
.
Menjadi
medium pemerolehan dan penghasilan bahasa kanak-kanak
.
Melalui LAD yang wujud secara semulajadi, kanak-kanak akan
memproses bahasa pertuturan yang didengarinya bagi menghasilkan peraturan tatabahasa dalam ayat
.
4 prinsip pegangan Teori Nativist:
Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak hampir sama.
Proses pemerolehan bahasa ini tidak berkaitan dengan IQ (kecerdasan minda).
Proses ini juga tidak dipengaruhi oleh motivasi atau psikologi kanak-kanak.
Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak hampir sama kerana ia berasal dari struktur semulajadi otak dan LAD yang sama.
Teori Kognitif oleh Jean Piaget, 1969
Teori Piaget terhadap pemerolehan bahasa awal kanak-kanak berpusatkan kepada perkembangan kognitif iaitu
pemerolehan bahasa awal dipengaruhi oleh perkembangan berfikir kanak-kanak
.
Piaget menyarankan bahawa
kanak-kanak membina perkembangan kognitif melalui penglibatan aktif dalam aktiviti
yang dilakukan.
Ini bermakna, kanak-kanak memahami dunia di sekeliling termasuk bahasa awal
melalui pengalaman sensori mereka sendiri
.
Pertuturan bahasa awal kanak-kanak adalah
bersifat egosentrik
iaitu
berpusatkan hanya kepada apa yang mereka fikir dan lakukan
.
Teori Interaktif Sosial oleh Lev Vygotsky, 1978
Berpendapat bahawa perkembangan bahasa
berlaku dalam konteks interaksi sosial dan penggunaan fungsi bahasa
.
Vygotsky telah memperkenalkan ZPD (Zone of Proximal Development) dan scaffolding (bantuan orang dewasa).
Kanak-kanak akan
didedahkan dengan perkara baru dan diberi bantuan tertentu sama ada secara motivasi, tunjuk ajar, dan sokongan
. Seterusnya,
apabila kanak-kanak telah dapat menguasai, segala bentuk bantuan akan diminimakan
.
Teori Fungsi oleh Halliday, 1975
Halliday menjelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak sebagai satu proses pembelajaran di mana
kanak-kanak belajar menggunakan bahasa untuk memberi makna
terhadap sesuatu.
Berdasarkan teori ini,
kanak-kanak mempelajari dan memahami bahasa berdasarkan keperluan dan tujuan penggunaan bahasa tersebut
.
Kanak-kanak akan mempelajari dan menggunakan bahasa apabila mereka perlu berinteraksi mengenai sesuatu seperti meminta bantuan, bertanya, atau memberi penjelasan.
7 fungsi pemerolehan bahasa kanak-kanak
Instrumental/Alat
- Untuk memenuhi keperluan peribadi dan menyelesaikan sesuatu perkara seperti “Biskut, ibu!”
Pengawalan
- Untuk mengawal tingkahlaku orang lain seperti “Awak main kat sana!”
Interaksi
- Untuk bergaul dengan rakan seperti “Nak mainan ni juga”
Peribadi
- Untuk menyatakan sesuatu tentang mereka “Saya tengok TV ni”
Imaginasi
- Untuk berlakon atau main peranan seperti “Saya Dora, awak jadi Swiper tau”
Heuristik
- Untuk mempelajari sesuatu seperti “Air untuk apa, ayah?”
Informasi
- Untuk berkomunikasi dengan seseorang dalam menyampaikan maklumat seperti “Biar saya tunjukkan ye!”