Meneroka dan memahami kepelbagaian budaya, agama dan tingkah laku setiap kaum. Guru perlu bersikap terbuka dan memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul, dan berinteraksi dengan individu-individu dari latar belakang berbeza sejak peringkat awal lagi. Murid-murid dapat memahami, dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosioekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.