Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI & PRINSIP PENTAKSIRAN YANG BAIK KESAHAN - Coggle Diagram
CIRI & PRINSIP PENTAKSIRAN YANG BAIK
KESAHAN
Kandungan
Sejauh mana ujian meliputi kandungan sesuatu bidang.
Item ujian merangkumi isi kandungan bidang yang hendak diukur.
Contohnya, jika seorang guru telah mengajar topik Rukun Iman dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, ujian yang disediakan perlu mengandungi topik yang berkaitan Rukun Iman.
Jumlah soalan bergantung kepada kewajaran masa mengajar topik tersebut dalam kurikulum.
Item ujian mestilah menepati dari segi :check:
Kumpulan sasaran
Aras kesukaran
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi sesuatu bidang
Konstruk
Maksud: sekiranya suatu ujian boleh menguji kesemua atribut yang ingin diukur, maka ujian itu dianggap sah.
Contoh konstruk didefinisikan sebagai kualiti psikologikal seperti kreativiti. kecerdasan, motivasi, kejujuran, toleransi, kebolehan, menaakul, kefahaman, membaca, kesahan dan sebagainya.
Contohnnya, seorang guru ingin menggubal ujian bertulis untuk mengikut kreativiti dalam penulisan esei.
Ujian yang dibina itu dikatakan mempunyai kesahan konstruk jika darjah skor ujian itu berkaitan dengan penghakiman yang dibuat daripada pemerhatian tingkah laku yang dikenal pasti teori psikologikal sebagai kreatif.
Jika tidak menggambarkan konstruk yang ingin diukur, maka ujian/instrumen tidak sah.
Jelaslah bahawa kesahan konstruk adalah penting untuk semua jenis pentaksiran sama ada pencapaian, apitud, ataupun pembangunan sosiopersonal.
Ramalan
Faktor
Faktor Ujian
arahan kurang jelas seperti tidak menjelaskan secara spesifik cara memberi respon kepada tugasan
struktur ayat mengelirukan menjejaskan kefahaman murid
item ujian tidak menepati hasil pembelajaran seperti contoh bentuk ujian yang tidak bersesuaian dengan aras yang ingin diukur.
susunan item tidak sistematik (susah kepada mudah)
Faktor pentadbiran dan kesahan
masa tidak mencukupi,
ketidakadilan seperti memberi bantuan kepada calon tertentu
penipuan semasa peperiksaan
ujian yang terlalu sukar dan panjang dan masa tidak berpadanan
Respon murid
Gangguan emosi luaran murid : situasi gementar dan takut murid / tiada semangat menyumbang kepada prestasi murid terganggu / penurunan kesahan ujian
Gangguan emosi dalaman murid : situasi masalah kesihatan mental/ kemurungan/ stress menyumbang kepada prestasi murid terganggu / penurunan kesahan ujian
Kesahan ramalan
Ujian meramal kebolehan atau ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar murid
contoh :
Aishah mendapat 10A dalam peperiksaan percubaan SPM. Maka peperiksaan percubaan SPM tersebut mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk menentukan pencapaian dalam peperiksaan SPM.
ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh meramal watak atau perubahan murid pada masa hadapan
Sasaran Pembelajaran yang Sesuai dan Jelas
Menepati tahap kesukaran murid
Konsisten dengan matlamat keseluruhan dan sekolah
Meliputi aspek yang ingin diubah
Kesesuaian Kaedah Pentaksiran
pengetahuan, kefahaman, aplikasi : ujian struktur, kuiz, aneka pilihan
kebolehan mengorganisasi, olahan idea dan hujah : esei, laporan bertulis, projek
menilai prestasi : senarai semak, pemerhatian
menilai minat dan sikap : soal selidik, inventori