Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN MENULIS, AHLI KUMPULAN, ANISAH ZAHRA 2. NUR HANNY FARHAYU -…
KEMAHIRAN MENULIS
tujuan
serta-merta - contoh: membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.
lanjut - contoh: meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan
memberi respons - memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantara
komunikasi - memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan pembaca (contoh: penulis akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk dikongsikan bersama pembaca dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan)
ekspresi kendiri - penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif -penulis menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikannya kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca
-
mengikut peraturan - penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan
proses pembelajaran - proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih sistematik
definisi menulis
umum - perbuatan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan
kamus dewan edisi keempat - 1. mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dan lain-lain), 2. melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat, mengarang
kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat
konsep
proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh
bukan bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan (contoh: keupayaan menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan)
-
fungsi-fungsi
merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan
-
memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea, dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran
peringkat-peringkat
pramenulis (persediaan) - tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul
asas menulis (mekanis) - dilatih membentuk lambang-lambang tulisan, dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid
-
jenis-jenis
secara mekanis - secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca
secara mentalis (pelahiran) - dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran mekanis, banyak melibatkan mental
-
- ANISAH ZAHRA 2. NUR HANNY FARHAYU