KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

KOMUNIKATIF

Berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif (Hymes,1971)

Teori pembelajaran berdasarkan teori interaksi (Cromer,1976)

Mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak melibatkan komunikatif dan interaksi bahasa.

Melalui pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat gambarkan makna dalam struktur ayat.

TUJUAN:

  • Membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.
  • Memastikan murid-murid belajar cara-cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri.

AKTIVITI:
 Penyelesaianmasalah
 Perbincangan
 Dialog
 Sumbangsaran
 Wawancara

KEKUATAN

KELEMAHAN

  • Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid. Murid yang diajar melalui kaedah ini berminat untuk belajar.
  • Murid berpeluang berbincang bebas tanpa mengambil kira tahap penguasaan bahasa mereka.
  • Memantapkan penguasaan murid dalam perbualan dan struktur ayat.
  • Guru sukar memastikan murid berminat terhadap tajuk yang diperbincangkan dan menarik minat mereka menyertainya.
  • Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang terdiri dari pelbagai jurusan

AUDIO-LINGUAL

Gabungan dua kemahiran iaitu mendengar (audio) dan bertutur (lingual).

Bahan bantu mengajar untuk audio seperti radio, pita perakam dan piring hitam.

Melalui pengalaman mendengar, murid dilatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengarinya termasuk nada dan intonasi secara latih tubi.

Murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar dan bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi.

TUJUAN:

  • Meingkatkan pemahaman tatabahasa dan sebutan yang tepat. Guru juga dapat menguji murid dalam kebolehan menggunakan bahasa lisan yang betul dalam situasi tertentu.
  • Melalui kaedah pendengaran audio, murid dapat menghafal secara tepat apa yang didengar oleh mereka bagi meningkatkan kosa kata dan pola tatabahasa yang dipelajari

KEKUATAN

  • Maklumat yang didapati melalui proses mendengar akan lebih mudah diingati oleh murid
  • Bunyi-bunyi linguistik yang berbeza mudah dipelajari
  • Kesalahan yang dilakukan murid akan dibetulkan oleh guru & mereka diminta mengulang-ulang perkataan yang betul.

KELEMAHAN.

  • Murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafal.
  • Memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk dilaksanakan.

AKTIVITI MENGKATEGORIKAN FAKTA:

  • Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan.

TERUS

Pengajaran dan pembelajaran secara natural iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan dalam bahasa ibunda.

Diajar secara konkrit.

Pengajaran suatu topik baharu berdasarkan topik yang telah diajar.

Kesalahan dikurangkan kerana murid dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur dalam bahasa sasaran.

TUJUAN:

  • Membolehkan pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa, contohnya mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat yang berkenaan.

CIRI-CIRI

  • Kaedah ini berasaskan hubungan secara langsung antara perkataan dengan benda.
  • Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada serta harus menimbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan.
  • Pengajaran harus berpandu kepada prinsip kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu mengutamakan bahasa lisan.
  • Murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar. Terjemahan tidak digunakan langsung. Ini bermaksud murid tidak mempelajari sebarang peraturan tentang bahasa yang hendak dipelajari.
  • Sebutan yang betul diutamakan dan oleh kerana itu kaedah ini memerlukan ilmu pengetahuan fonetik.

KEKUATAN:

  • Mengutamakan bahasa lisan kerana kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama kanak-kanak belajar secara lisan.
  • Murid dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. Terjemahan tidak digunakan langsung
  • Mementingkan aspek fonetik.

KELEMAHAN:

  • Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan , murid-murid tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka dipengaruhi struktur dan perbendaharaan kata bahasa ibunda. Ini kerana murid-murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibunda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.
  • Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafal ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan , maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik
  • Kemahiran bahasa dan kemahiran lisan tidak dapat dijalankan serentak.
  • Menggunakan masa yang panjang.
  • Penerimaan murid tidak sama dengan maksud kata sebenar
  • Murid-murid lemah akan ketinggalan.

FONETIK/LINGUISTIK

Dikenali sebagai kaedah reform.

Pengajaran dimulakan dengan latihan pendengaran, kemudiannya sebutan.

Latihan sebutan dimulakan dengan bunyi, perkataan, frasa dan ayat.

Ayat-ayat dibina kemudian digabungkan menjadi dialog dan cerita.

Menggunakan simbol fonetik.

Nahu atau tatabahasa dikemukakan sebelum peraturan dan rumus-rumus bahasa diajar.

Murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang dibaca.

TUJUAN:

  • Untuk memahami ayat
  • Bagi memahami apa yang dibaca, pembaca perlu membaca dengan lancar
  • Dapat membantu proses pembacaan

KEKUATAN

  • Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh muird
  • Penggunaan asosiasi mempercepatkan proses mengingat
  • Terdapat huruf tertentu yang lebih mudah diperkenalkan terlebih dahulu
  • Tidak perlu perkenal huruf vokal dan konsonan sekaligus

KEKURANGAN

  • Tidak sesuai untuk murid lemah
  • Murid perlu membuat persiapan awal sebelum membaca
  • Murid perlu tahu bentuk huruf dan bunyi terlebih dahulu

EKLEKTIK

Mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah-kaedah yang lain.

Kaedah yang aktif.

Kemahiran bahasa diajar mengikut susunan.

Bersifat fleksibel kerana guru boleh mengubahsuai mengikut keperluan murid

Aspek tatabahasa diajar mengikut situasi sama ada induktif atau deduktif.

KEKUATAN:

  • Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
  • Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan
  • Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran