Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS - Coggle Diagram
KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS
i) Menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
v. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid.
ii. Menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara penting pada setiap peringkat pengajaran.
iii. Memperkukuh sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan.
iv. Mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik
vi. Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mencatat nota daripada papan tulis.
PRINSIP
ii. Guru perlu memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang menarik.
iii. Tulisan dan gambar rajah yang digunakan dapat dilihat dengan jelas.
iv. Warna yang berbeza digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan.
v. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan.
vii. Masa penggunaan papan tulis perlu sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
viii. Tidak menggunakan papan tulis dalam tempoh yang sangat lama sehingga murid-murid berasa bosan.
i. Penggunaan papan tulis dirancang lebih awal supaya tulisan, nota, dan gambar rajah dapat diletakkan di tempat yang sesuai.
vi. Murid-murid perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis.
KOMPONEN
i. Kejelasan
Kejelasan merangkumi penggunaan saiz tulisan yang sesuai, tulisan yang kemas dan tepat serta gambar rajah yang jelas dan ringkas.
ii. Susunan
Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan seimbang. Oleh itu, susunan dapat dilihat dengan jelas dan teratur.
iii. Penonjolan dan penekanan
Penggunaan warna yang sesuai dan menarik dapat memperlihatkan perkara atau tulisan yang ingin ditonjolkan atau ditekankan.
iv. Teknik persembahan
Teknik persembahan yang digunakan dapat memperlihatkan bentuk sesuatu konsep dengan jelas dan tepat, memudahkan konsep atau idea yang sukar serta melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
FAEDAH
i. Murid-murid dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat.
ii. Murid-murid dapat memberikan tumpuan dan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.
iii. Murid dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh minat.
iv. Murid menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru.
v. Aktiviti pembelajaran murid menjadi lebih menarik. vi. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.
Kemahiran menggunakan papan tulis amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemahiran ini memerlukan guru untuk merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi, dan gambar rajah pada papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna memudahkan murid memahami pengajarannya di samping menarik minat mereka untuk mengikuti pelajaran yang diajar.