Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBANDINGAN CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN - Coggle Diagram
PERBANDINGAN CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN
KESAHAN
Kesahan ialah suatu komponen pengujian yang digunakan bagi mengukur secara tepat apa-apa yang ingin diukur.
Sebagai contoh, ujian lisan merupakan alat ujian yang paling sesuai untuk dilaksanakan oleh guru dalam mengukur tahap kebolehan murid berkomunikasi.
Jenis-jenis kesahan
Kesahan Kandungan
: Menguji isi kandungan mata pelajaran mengikut tujuan dan aras kemahiran tertentu. Sebagai contoh, guru menekankan bab-bab awal dalam suatu mata pelajaran yang diajar ketika mengadakan ujian prestasi pertama
Kesahan Konstruk
: Ujian yang dilakukan bagi menguji atribut yang ingin diukur yang merangkumi aspek tingkah laku. Sebagai contoh, ujian psikometrik.
Kesahan Ramalan
: Tahap skor ujian yang membolehkan guru membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan. Sebagai contoh, keputusan percubaan SPM dapat meramal prestasi sebenar yang mungkin diperoleh murid dalam peperiksaan SPM yang sebenar.
Kebolehpercayaan
ketekalan sesuatu pengukuran, ketekalan prestasi murid dalam kedua-dua ujian yang sama tetapi ditadbir pada masa yang berlainan
faktor yang mempengaruhi
bilangan tugasan
serakan skor
objektiviti ujian
cara untuk menganggarkan kebolehpercayaan
ujian bentuk setara
ujian bahagia dua
uji ulang uji
koefisien alpha
konsistensi antara pemeriksa
Kemudahtafsiran
Data yang diperolehi perlu diinterpretasi dengan betul dan diaplikasi secara berkesan untuk kegunaan selanjutnya
Keputusan ujian ditafsir untuk memberi gambaran umum tentang pencapaian individu
Ujian besar seperti SPM akan dianalisis dan membandingkan pencapaian untuk masa akan datang
Menilai punca kelemahan
Keobjektifan
tahap beberapa orang yang memeriksa skrip jawapan akan memberi skkor yang sama. bebas daripada pandangan peribadi pemeriksa
keobjektifan penskoran
seorang atau ramai pemeriksa yang berlainan akan mencapai keputusan yang sama untuk skrip jawapan ujian pada bila-bila masa tanpa ada ralat
keobjektifan item ujian
item yang dikemukakan akan mempunyai satu jawapan yang tetap
mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana mempunyai satu respon yang tepat
Kemudahtadbiran
Pentadbiran ujian secara baik dan berjalan lancar dari segi penyediaan ujian sebelum, semasa dan selepas.
Arahan yang jelas dan mudah difahami perlu diberikan kepada calon
Tempoh masa yang diberikan perlu bersesuaian
Rangsangan seperti gambar rajah atau carta disertakan dengan besar dan pada muka surat yang sama
Menggunakan masa yang secukupnya dapat meningkatkan kebolehpercayaan untuk memperoleh keputusan yang sah
Format ujian teratur daripada tahap yang mudah kepada susah