Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 2 : Proses Pembelajaran - Coggle Diagram
TOPIK 2 : Proses Pembelajaran
Kesediaan belajar
Mempunyai kesediaan mental, fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum berupaya menerima pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Pembangungan Tahap mental yang diperlukan untuk mendapat manfaat daripada pengalaman.
Persepsi dan penanggapan
Persepsi yang bermaksud seseorang itu membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya.
Proses pembentukan konsep daripada maklumat tersebut dikenali sebagai penanggapan.
Ingatan dan Lupaan
Ingatan bermaksud maklumat yang dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang dan ia boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki.
Proses yang terlibat dalam membentuk ingatan ialah pengkodan, penyimpanan, dan pengeluaran.
Lupaan bermaksud kegagalan individu mengingat sesuatu fakta yang pernah diketahuinya sebelum ini.
Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran
Keusangan - merupakan lupaan kerana maklumat yang sudah hilang disebabkan oleh peredaran masa.
Gangguan(interference) -Lupaan kerana cubaan untuk mengingat semula dihalang oleh maklumat lain dalam memori.
Tekanan (suppress) - Lupaan kerana seseorang itu sengaja menekan memori yang menyakitkan daripada muncul ke paras kesedaran.
Kebimbangan (anxiety) - Lupaan kerana kebimbangan yang tinggi / contoh: ketika menghadapi temuduga boleh menyebabkan lupaan
Minat - Lupaan kerana pekara yang cuba diingat, kurang dimininati. Misalnya, pelajar dapat mengingat fakta dalam jangka masa yang lama bagi subjek yang dimininati.
Perubahan alam sekitar - Perubahan alam sekitar. Contoh: perubahan nama jalan akan menyulitkan seseorang mengingat sesuatu peristiwa berkaitan dengan jalan tersebut.
Masa yang tidak mencukupi - Lupaan kerana masa tidak cukup untul menyimpan maklumat.
Maklumat yang tidak lengkap - Sesuatu fakta juga boleh menyebabkan maklumat tiu mudah dilupa. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan lupaan.
Implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran
Pemindahan pembelajaran
Membantu guru membuat persediaan mengajar
Memberi keupayaan kepada pelajar untuk jelas tentang perkaitan pelajaran yang baru dan yang lama.
-Dapat mengesan persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua pelajaran.
Kesediaan belajar
Guru perlu menggunakan proses dan set induksi yang menarik.
Mewujudkan susana pembelajaran yang kondusif dan meransang minat murid
Membuat aktivit yang meningkatkan rasa yakin akan diri sendiri kepada murid.
Ingatan dan lupaan
Membantu pelajar menyimpan maklumat dalam jangka masa panjang melalui kaedah
-Whole brain teaching and learning (persembahan/visual, drama, membaca, bercerita dan sebagainya)
Membantu pelajar mengaitkan bahan baru dan bahan sedia ada melalui pengalaman
:meneroka, memegang, mencium , merasa
Membina kemahiran dan keyakinan sosial pelajar melalui kaedah pembelajaran koperatif:
berbincang, berhujah, bekerjasama, bertukar idea, mencabar idea dan berkongsi idea.
Persepsi dan penanggapan
PERSEPSI
Memberi banyak peluang kepada murid menggunakan pancaindera sendiri
Meningkatkan isi pelajaran daripada mudah kepada kompleks, daripada dekat kepada jauh, daripada yang diketahui kepada yang belum ketahui
Melatih murid-murid menumpukan perhatian terhadap rangsangan persekitaran
PENANGGAPAN
Menggunakan bahan-bahan konkrit untuk mengaitkannya dengan perwakilan simbol
Menggunakan kaedah induksi dan deduksi untuk membimbing murid-murid membentuk konsep atau prinsip yang baru.
Menolong pelajar menguasai bahasa untuk digunakan untuk membentuk konsep dan prinsip yang baru.
Pemindahan pembelajaran
Bermaksud pembelajaran yang terhasil daripada sesuatu situasi dapat digunakan dalam situasi yang lain.
Boleh berlaku secara positif dan negatif
Positif- berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A membantu pembelajaran dalam situasi B.
Negatif- Pembalajaran dalam situasi A menganggu pembelajaran dalam siatuasi B.
Syarat pemindahan pembelajaran positif
Kefahaman - faham tentang konsep yang telah dipelajari sebelum dia boleh menggunakan dalam situasi baru.
Kesamaan - 2 situasi perlu ada kesamaan jika hendak mengaplikasikan konsep yang dipelajari.
Kemahiran - menguasai kemahiran sebelum memindahkannya kepada situasi baru.
Motif - ada keinginan untuk memindahkannya kepada situasi baru.
celik akal - mempunyai celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam sesuatu situasi untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.
Prinsip-prinsip dalam Mind, Brain and Education Sciene (MBE) (Tokuhama-Espinosa et.al, 2020)
Keunikan (uniqueness)
Otak kita adalah unik seperti wajah atau cap jari kita.Setiap otak adalah unik dan berkembang dengan caranya sendiri, pelajar akan belajar dan berkembang mengikut kadar mereka sendiri.
Potensi berbeza (different potensi)
Setiap otak individu adalah berbeza dan bersedia untuk mempeljari tugasan yang berebeza.
Pengalaman lepas (prior experience)
Pembelajaran baru dipengaruhi oleh pengalaman terdahulu. kecekapan otak menjimatkan usaha dan tenaga dengan memastikan bahawa rangsangan luar pertama kali dinyahkodkan, dibandingkan, secara pasif dan aktif, dengan kenangan yang wujud.
Perubahan otak yang berterusan
otak sentiasa berubah mengikut pengalaman. Otak adalah sistem yang kompleks, dinamik, bersepadu yang sentiasa diubah oleh pengalaman individu.
Keplastikan-mudah dibentuk (plasticity)
Otak adalah plastik. Neuroplastisitas wujud sepanjang terdapat perbezaan perkembangan yang ketara mengikut umur.
Ingatan dan perhatian (Memory and attention)
Tidak ada pembelajaran baru tanpa beberapa bentuk ingatan dan beberapa bentuk perhatian. Kebanyakan pembelajaran sekolah memerlukan sistem ingatan jangka pendek, kerja dan jangka panjang yang berfungsi dengan baik dan perhatian sedar. Walau bagaimanapun, pembelajaran prosedur, pelaziman, pemekaan dan juga ingatan episod boleh berlaku tanpa perhatian sedar