Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri dan Prinsip Pentaksiran - Coggle Diagram
Ciri dan Prinsip Pentaksiran
Kesahan
Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji.
Soalan mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan subtajuk kandungan yang diajar.
Soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.
Kesahan gagasan
Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti.
Gagasan boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciri-ciri yang terhasil dari kewujudannya.
Kesahan gagasan bagi ujian penguasaan Bahasa Inggeris boleh ditentukan dengan menghitung pertalian antara skor ujian itu dengan pencapaian dalam ujian perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris.
Kesahan Berkaitan Kriteria
Merujuk kepada sejauh mana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali.
Terdapat dua jenis kriteria: Kriteria Serentak dan Kriteria Jangkaan.
A. Kriteria Serentak: kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
B. Kriteria Jangkaan: Kriteria yang ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut.
Kesahan Kandungan
Merujuk sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai.
Kandungan sesuatu ujian perlu merupakan sampel 'representative' kandungan bidang yang ingin diukur.
Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandunagn bidang yang diuji, guru perlu menakrifkan kurikulum dan isi pelajaran mata pelajaran yang diajar.
Kebolehpercayaan
Merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur.
Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik:
A. Variasi Individu
B. Variasi Perubahan Tugasab
C. Variasi Persampelan Gagasan yang Terhad
Cara Mempertingkatkan Kebolehpercayaan
:
Arahan hendaklah jelas dan tepat,
Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat
Soalan hendaklah seraga,
Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal
Elak gangguan kepada murid disebabkan arahan dan soalan tidak jelas
Elak kebimbangan murid semasa mereka menjawab soalan
Keobjektifan
Sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.
Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksan oleh dua orang pemeriksa.
Ujian mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi apabila dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama.
Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi,
skema penskoran
perlu disediakan dan disemak oleh beberapa guru yang pakar dalam bidang yang diuji.
Kemudahtafsiran
Penilaian pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal memerlukan skor ujian sebagai asas untuk membuat keputusan.
Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap dan skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir supaya dapat membuat penambahbaikan.
Penskoran Ujian
Pemberatan markah dan kaedah yang digunakan bagi penskoran jawapan sesuatu soalan perlu diberitahu kepada pelajar terlebih dahulu.
Maklumat penskoran boleh disertakan pada arahan menjawab setiap soalan. Maklumat ini sangat perlu supaya murid dapat menjawab dengan tepat sebagaimana yang diharapkan oleh pembina dan pemeriksa ujian.
Penskoran jawapan dibina terutamanya yang memerlukan jawapan panjang tidak terhad lebih mencabar.
Pemeriksa boleh mengurangkan kepincangan penskoran dengan memeriksa satu soalan bagi semua pelajar, sebelum berpindah kepada soalan berikutnya.
Pemeriksa sebagai ahli profesional perlu sentiasa ingat bahawa penskoran perlu dilakukan dengan bijaksana dan amanah.
Penilaian jawapan dibina haruslah berasaskan kepada kriteria kandungan, susunan atau organisasi dan proses, ketepatan dan kemunasabahan, keaslian dan kreativiti dan kesempurnaan dan ketekalan dalaman.
Pentafsiran Skor Ujian
Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa maknakecuali guru berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai.
Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di universiti dicapai.
Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.
Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian.
Skor-skor ujian perlu juga dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang murid dengan murid lain.
Kemudahtadbiran
Panduan Memastikan Pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna
Arahan terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas dan ringkas.
Soalan mestilah disusun dari mudah kepada sukar.
Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukkan untuk menjawab.
Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan diperuntukan 45 saat untuk pelajar menjawab.
Masa perlu ditambah bagi mengganti masa gangguan yang berlaku.
Sesuatu ujian mestilah ditadbirkan dengan sempurna supaya semua murid mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik.
Dengan adanyasuasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan murid dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.