Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN PENUTUP - Coggle Diagram
KEMAHIRAN PENUTUP
-
PRINSIP PENGGUNAAN
.Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan tujuan untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.
Di samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan untuk peringkat akhir pelajaran
Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan harus dirancang dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.
Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran pelajar yang baru dipelajari pada peringkat perkembangan.
OBJEKTIF
Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting atau memberikan kerja bertulis.
-
Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa depan.
KESAN KEPADA P&P
Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar-pelajar dapat membuat rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari
Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi pelajar suatu perasaan pencapaian, mereka telah dimotovasikan supaya terus berusaha dan mencuba
Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran atau konsep yang baru dikuasai.
Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Keputusan penilaian ini akan membolehkan guru membuat pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan datang.
KONSEP
kemahiran penutup memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap pengukuhan konsep dan kemahiran yang telah dicapai oleh seseorang murid.
-
ia berfungsi sebagai mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah diperkenalkan oleh guru supaya wujud perasaan pencapaian dalam kalangan murid.
PENGGUNAANYA:
perkaitan kognitif
seperti membuat rumusan, mengulang isi penting, menjalankan aktiviti penilaian, mencadangkan aktiviti dan lain lain
Cara melaksana
Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung
-
-
Perkaitan sosial
pula adalah melalui pujian, ulasan terhadap prestasi murid serta melahirkan murid yang membuahkan pencapaian kepadanya.
“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan. Dalam pelajaran yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu