Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBAHAGIAN AKHLAK DALAM ISLAM - Coggle Diagram
PEMBAHAGIAN AKHLAK DALAM ISLAM
Akhlak terhadap Allah
Pengertian
Sikap atau perbuatan yang seharusnya dilakukan oleh manusia sebagai makhluk, kepada Tuhan sebagai khalik. Dan sebagai titik tolak akhlak kepada Allah adalah pengakuan dan kesadaran bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Cara berakhlak kepada Allah
Beriman kepada Allah serta mentaati segala perintahaNya iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.
Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.
Mencari mardhotillah yakni keredhaan Allah: iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan amalannya.
Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah yang telah dan akan terjadi kepada diri.
Akhlak sesama Manusia
Pengertian
Manusia adalah makkhluk yang banyak bergantung kepada orang lain, untuk itu, ia perlu bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Cara berakhlak sesama manusia
Belas kasihan atau sayang, iaitu sikap jiwa yang selalu ingin berbuat baik dan menyantuni orang lain
Rasa persaudaraaan, iaitu sikap jiwa yang selalu ingin berhubungan baik dan bersatu dengan orang lain
Mmeberi nasihat, iaitu suatu upaya untuk memberi ppetunjuk-petunjuk yang baik kepada orang lain dengan menggunakan perkataan, baik ketika orang yang dinasihati telah melakukan hal-hal yang buruk ataupun tidak.
Memberi pertolongan, iaitu suatu upaya untuk membantu orang lain agar tidak mengalami kesulitan
Menahan amarah, iaitu upaya menahan emosi supaya tidak dikuasai oleh perasaan marah terhadap orang lain
Sopan santun, iaitu sikap jiwa yang lemah lembut terhadap orang lain, sehingga dalam perkataan dan perbuatannya selalu mengandungin adab kesopanan yang mulia