Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN - Coggle Diagram
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
2. DEFINISI TAMADUN
Dalam Bahasa Arab
Tamaddun
Tamadun ataupun tamdyun berasal daripada perkataan madana (maddna) yang bermaksud membina dan membangunkan bandar
Madinah
Madinah berasal daripada perkataan madana ataupun mada'in. Ia merupakan bandar-bandar atau nama kepda Yathrib yang kemudian dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah
Hadharah
Diterjemah sebagai kehidupan menetap. Sebagai contoh, wilayah, daerah, ibukota, bandar, kampung dan kawasan tanah yang ditanami.
Madaniyyah
Madaniyyah dikenali sebagai bandar dan kehidupan bandar.
Umra
Prof. Rosenthal menterjemah tamdun sebagai perbandaran dan tamadun. Tamadun dipercayai mampu membangun dan memakmurkan sebuah bandar
Dalam sudut peristilahan
Arnold Toynbee
Menterjemah kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Kumpulan pemikiran daripada berbagai-bagai manifestasi, orientasi berterusan, gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk insitusi politik,kesusasteraan, agama dan moral
Syed Muhammad Naquib al-Attas
Menterjemah sebagai keadaaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.
Idris Abdul Rauf al-Marbawi
Menterjemah sebagai kehalusan adat atau kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota dan memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia
Abu al-A'la al Maududi
Menterjemah tamadun sebagai hadharah yang bermaksud segala apa yang dihasilkan oleh suatu bangsa bersumberkan ilmu pengetahuan,adab,kesenian yang indah, pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi dan masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan politik
3. CIRI-CIRI TAMADUN
9 ciri tamadun yang sedang berkembang oleh Darcy Roberio
Penciptaan berteknologi daripada besi, inovasi peralatan baharu, perkembangan perkapalan dan perkembangan mata wang syiling sebagai perantaraan perdagaan
Revolusi penternakan
Penggunaan sistem pengairan secara meluas
Revolusi perdagaan
Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial menggunakan sistem pengairan pertanian, penggunan peralatan tembaga dan gangsa, wujud sistem tulisan, angka dan kalendar
Revolusi teknologi
Aktiviti perternakan dan pengkhususan kerja bermula melalui kelompok dan kemahiran
Revolusi perindustrian
Corak hidup nomad berakhir disebabkan perciptaan peralatan baharu dalam bidang pertanian
5 ciri tamadun Maududi
Keyakinan dan pemikiran asas
Pendidikan perseorangan
Tujuan hidup
Organisasi masyarakat
Kehidupan duniawi
1. PERBEZAAAN ANTARA KETAMADUNAN & SEJARAH
Ketamadunan
dikenali sebagai satu teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak manakala
sejarah
merupakan satu pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangunan, kemajuan dan kemunduran ata kajua masa lampau.
Ketamadunan
tidak terikat dengan batasan masa atau zaman manakala
sejarah
akan dibatasi oleh faktor masa
4. HUBUNGAN TAMADUN DENGAN
Agama
Dalam
kehidupan beragama
, cara hidup dan kebudayaan manusia adalah bersumberkan ketuhanan dan kepercayaan manakala
tamadun
bersumberkan pemikiran dan usaha manusia untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan
Dalam
kehidupan beragama
amat mementingkan hubungan yang sejahtera sesama manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan manakala
tamadun
pula menekankan aspek hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan benda atau alam sekitar.
Kehidupan beragama menekankan nilai agama yang bersifat mutlak seperti pahala dan dosa, wajib, haram, makruh dan sunat manakala nilai yang ditekankan dalam tamadun adalah nisbi iaitu nilai kecanggihan, keberhasilan dan ketekunan.
Budaya
Definisi bahasa
Budaya
bermaksud tamadun, peradaban dan cara berkelakuan
Kebudayaan
pula bermaksud seluruh cara hidup merangkumi cara bertindak, berkelakuan, segala hasil kegiatan serta penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat
Definisi Arnold Toynbee
Tamadun adalah sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Ia merupakan kumpulan pemikiran daripada pelbagau manifesti, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjwab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral
Definisi Karl Wittfogel
Tamadun adalah ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan