Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
EKSPRESI EMOSI MELALUI BAHAN BACAAN SASTERA KANAK-KANAK
Penulis:…
EKSPRESI EMOSI MELALUI BAHAN BACAAN SASTERA KANAK-KANAK Penulis: Arbaie Sujud, Nurul Azimah, Nik Rafidah, Intan Zahariah (2014)(http://journalarticle.ukm.my/8576/1/8001-20846-1-SM.pdf)
Pengenalan
Kesusasteraan kanak-kanak merupakan jenis sastera genre yang mengungkapkan persoalan
tentang dunia kanak-kanak yang disampaikan secara lisan mahupun tulisan
Menurut Sutherland (1986), sastera kanak-kanak merangkaumi semua jenis penulisan berbentuk kreatif dan imaginatif yang khususnya dibaca, dihiburkan dan dinilai kanak-kanak.
Kanak-kanak mempunyai keinginan semula jadi seperti jaminan keselamatan emosi dan rohani, perasaan ingin menyayangi dan disayangi, dihargai dan mempunyai rasa ingin tahu.
Oleh itu, selain memberikan memberi teladan, hiburan dan
meluaskan pandangan kanak-kanak , sastera kanak-kanak juga berfungsi untuk membentuk jiwa positif dalam kalangan kanak-kanak.
-
Ciri-ciri bahan sastera
Bahan-bahan perlu dikarang berdasarkan tujuan tertentu dengan berlandaskan pada tujuan pendidikan (bersesuaian dengan taraf pendidikan kanak-kanak, mengikut kesesuaian umur).
Kaedah penulisan perlu selalu dipertimbangkan, misalnya kesulitan-kesulitan yang akan dihadapi kanak-kanak ketika membaca buku-buku tersebut (bahan-bahan atau isi cerita hendaklah dimulakan dengan bahan yang selalu dilihat, diketahui atau didengar kanak-kanak)
-
Memaparkan gambar atau ilustrasi berdasarkan fungsinya yang sebenar (jumlah gambar atau ilustrasi harus mengikut kesesuaian peringkat umur).
Bentuk fizikal bahan bacaan seperti kertas, ukuran buku (tebal dan nipis), ukuran huruf, jarak antara huruf, perkataan atau angka, ukuran dan penempatan gambar atau ilustrasi.
-
Kisah Cinderella
Kanak-kanak berasa seronok apabila seorang pari-pari baik muncul dan menukarkan beberapa ekor tikus menjadi kuda, dan labu menjadi kereta kuda
-
Penggunaan ilustrasi yang cantik dan menarik dalam buku cerita ini merangsang emosi yang positif dalam diri kanak-kanak.
Kanak-kanak berasa teruja melihat gambar Cinderella yang berubah menjadi cantik dengan memakai gaun kembang dan kasut kaca.
Ilustrasinya yang besar dan jelas selain dilukiskan dengan teliti menjadikan gambar tersebut seakan hidup.
Menurut Md Sidin Ahmad Ishak (2008), bahawa ilustrasi menambahkan kegirangan dan perwatakan pada buku.
Penggunaan ilustrasi yang cantik dan menarik dalam buku cerita ini merangsang emosi yang positif dalam diri kanak-kanak.
-
Perasaan takut juga dapat dilihat menerusi peristiwa jam berbunyi pada pukul 12 tengah malam ketika kasut kasut Cinderella tercicir.
Kanak-kanak: “Macam mana dia nak balik, kasut dah tanggal.”
Penutup
Kanak-kanak yang terdidik dengan kepelbagaian bahan bacaan sastera juga mampu memahami erti dan selok-belok kehidupan yang penuh dengan permainan emosi.
Perkara ini bertepatan dengan pendapat Misran Rokimin (2000), sastera kanak-kanak merupakan agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri dari aspek emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah
perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
Kandungan emosi juga penting dalam penghasilan karya sastera kanak-kanak bagi membangkitkan nilai rasa dan kejiwaan dalam diri mereka
Bahan bacaan yang dapat merangsang emosi dan perasaan penting didedahkan kepada kanak-kanak agar perkembangan emosi mereka seiring dengan perkembangan jasmani, rohani, intelektual dan sosial.