Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perbezaan 3 tujuan pentaksiran - Coggle Diagram
Perbezaan 3 tujuan pentaksira
n
Pentaksiran untuk pembelajaran
FOKUS PENTAKSIRAN: Sasaran pencapaian spesifik yang ditentukan oleh guru untuk membolehkan murid mencapai standard
MASA/ TEMPOH: Semasa dan sepanjang pembelajaran
TUJUAN:
Meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dan embolehkan guru menentukan langkah seterusnya dalam meningkatkan kualiti PdP
KEPASTIAN KUALITI :Hasil pembelajaran yang jelas dan terperinci
CONTOH INSTRUMEN PENILAIAN:Rubrik pemarkahan, maklum balas kualitatif kepada murid, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis. (Formatif)
DEFINISI: Aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid yang membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid
Pentaksiran sebagai pembelajaran
FOKUS PENTAKSIRAN: Standard pencapaian dipertanggungjawabkan kepada murid sendiri
KEPASTIAN KUALITI: Ketepatan pelajar membuat refleksi kendiri, pemantauan diri dan pelarasan diri
TUJUAN : Membimbing dan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk memantau dan merenung pembelajaran
MASA/ TEMPOH : Secara berterusan dalam pembelajaran.
DEFINISI: Proses murid membuat refleksi dan memantau pencapaian mereka sendiri bagi tujuan menambahbaik pembelajaran mereka
CONTOH INSTRUMEN PENILAIAN: Penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya (Formatif).
Pentaksiran tentang pembelajaran
FOKUS PENTAKSIRAN:Akauntabiliti terhadap standard pencapaian yang dipertanggungjawabkan kepada sekolah, guru dan murid
KEPASTIAN KUALITI: Pelaporan sumatif yang adil dan tepat
TUJUAN: Memaklumkan kepada ibu bapa tentang kemahiran pelajar berhubung dengan hasil pembelajaran kurikulum
MASA/TEMPOH: Selepas pembelajaran
DEFINISI: Proses pengumpulan maklumat untuk mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar
selesai mengikuti sesuatu kursus, unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan
CONTOH INSTRUMEN PENTAKSIRAN:Ujian pencapaian, peperiksaan akhir, ujian sumatif.