Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Komponen-Komponen dalah RPH - Coggle Diagram
Komponen-Komponen dalah RPH
Maklumat am
Tarikh
Masa
Kelas
Bilangan Pelajar
Mata Pelajaran
Tajuk Pelajaran/Pengajaran
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Isi pengajaran pada hari tersebut akan dijalankan berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang dipilih daripada DSKP
Standard Kandungan: pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
Standard Pembelajaran: Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan
Hasil Pembelajaran/Objektif Pembelajaran
Apa yang hendak dicapai oleh guru pada akhir pembelajaran
Hendaklah dalam bentuk tingkah laku, boleh diukur dan khusus
Contoh: Menyatakan makna lambang yang terdapat pada jalur gemilang
Menyatakan - dalam bentuk tingkah laku
Makna lambang - boleh diukur
Jalur gemilang - khusus
Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar berkaitan dengan tajuk yang telah diajar, atau pengetahuan yang dimilikinya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian
Perentasan Kurikulum
Pelajaran bahasa yang diajar itu merentasi atau merangkumi isi kandungan mata pelajaran lain seperti sains, muzik, pendidikan seni, dan pendidikan jasmani
Penerapan Nilai
Nilai murni hendaklah diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran sama ada secara langsung ataupun tidak langsung
Bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara
Contoh: Baik hati, hormat-menghomati, kasih sayang, keadilan
Bahan Bantu Mengajar
Merujuk kepada media atau bahan yang guru gunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Contoh: Video, Kad perkataan, gambar
Juga boleh berberbentuk bahan sumber yang guru gunakan dalam pengajarannya atau sebagai rujukan seperti buku rujukan, jurnal, risalah, buletin, dan sebagainya