Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan pengertian konsep daulat dan derhaka dalam sistem beraja…
Huraikan pengertian konsep daulat dan derhaka dalam sistem beraja masyarakat Melayu tradisional.
Pendahuluan
Konsep raja bermula daripada 2 nilai utama iaitu daulat dan derhaka
Konsep ini bermula apabila wujudnya perjanjian antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dengan Sang Sapurba (mewakili raja)
Rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji taat setia kepada raja.
Raja menjaga kebajikan, tidak menzalimi dan mencela rakyat
Erti daulat
Merupakan suatu sifat kekuasaan atau hak tertinggi yang dikhaskan kepada golongan raja sahaja
Daulat yang berasal daripada perkataan arab iaitu daulah tidak hanya bermaksud negeri atau kerajaan tetapi berkait dengan kesempurnaan, kuasa politik tertinggi, kebolehan dan keistimewaan serta kebahagiaan kepada seseorang raja yang memerintah.
Raja berdaulat yang mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan
Daulat meliputi tanggapan undang-undang budaya dan agama
Daulat menyebabkan raja tidak boleh ditegur atau dicela.
Tujuan daulat adalah untuk memberi kuasa terunggi kepada raja serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat.
Wujudnya kesetiaan mutlak danpada rakyat kepada raja dan seterusnya membawa anggapan raja mempunyai kuasa luar biasa secara turun-temurun
Erti derhaka
Dianggap sebagai melanggar atau ingkar perintah atau suruhan raja
Seorang yang mengingkari perintah raja akan ditimpa tulah raja dan akan dikenakan hukuman bunuh
Seorang yang melakukan kesalahan seperti tidak bertutur menggunakan bahasa diraja semasa menghadap raja akan mendapat tulah akibat kekumaan yang dimilik raja.
Kekuasaan raja
Kekuasaan raja dalam pemerintahan melayu tradisional merupakan satu bentuk kuasa yang unggul yang terpelihara melalui unsur-unsur kebendaan dan kerohanian.
Unsur kebendaan adat istiadat, peruntukan hak keistimewaan raja, penggunaan warna, perhiasan diri termasuk pakaian dan senjata dan lambang kebesaran serta penggunaan nobat diraja.
Unsur kerohanian-sistem nilai dan tanggapan masyarakat terhadap raja seperti menganggap raja sebagai wakil Allah serta konsep daulat dan derhaka
Konsep ini menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat melayu di mana mereka percaya dengan pengarah peribadi atau tulah raja boleh mendatangkan malapetaka/bencana dan menjejaskan hasil pengeluaran
Seorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat
Konsep ini adalah peraturan yang memastikan raja bukan sahaja sebagai pemerintah tetapi juga pelindung dan penaung kepada rakyat
Penutup
Konsep ini menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional sehingga kedatangan Barat.