Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tutorial Proses Pembelajaran, Kumpulan 4 : Suziane, Shirly, Ennisia, Iffah…
Tutorial Proses Pembelajaran
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Pembelajaran
Faktor kesedian belajar
Minat dan sikap yang tinggi mempengaruhi minat terhadap pembelajaran
Motivasi dalaman akan membangkitkan minat belajar
Pengalaman kemahiran asas unyuk menimba ilmu yang baru
Faktor penanggapan
Pengalaman sedia ada yang ada pada murid
Melalui imaginasi untuk membayangkan sesuatu
Penguasaan bahasa
Kecerdasan mental
Faktor Pengamatan
Guru memastikan murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam mengikuti PdP
Kebolehan kognitif dan pengalaman murid-murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek.
Keadaan sasaran pada objek yang diamati contohnya pergerakan, bunyi, saiz, latar belakang dan kedekatan atau kejauhan objek.
Faktor ingatan
Bahan pembelajaran yang kurang mencabar, minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan
Pembelajaran secara bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup lebih mudah diingat kembali daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.
Faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif, emosi, kesihatan dan personaliti.
Faktor lupaan
Semakin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar.
Keusangan di mana persekitaran yang berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya.
Perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka
Terlalu banyak maklumat yang perlu diingati.
Faktor pindahan pembelajaran
Guru menarik perhatian kepada pelajaran yang lepas dan murid dapat melihat perkaitan antara pembelajaran lama dengan pembelajaran baru.
Guru menggunakan strategi pengajaran yang memusatkan murid dengan memberi peluang kepada murid melakukan latihan
Guru mengadakan aktiviti pembelajaran yang bermakna dan menggalakkan daya cipta murid melalui penggunaan pelbagai kaedah.
Implikasi Proses Pembelajaran terhadap PdP
Kesediaan Belajar
Merancang aktiviti PdP mengikut kebolehan dan pengetahuan sedia ada.
Proses pembelajaran secara berperingkat
Guru menggunakan proses dan set induksi menarik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan meransang minat murid.
Membuat aktiviti yang meningkatkan keyakinan murid.
Persepsi & Penanggapan
Persepsi
Memberi peluang kepada murid untuk menggunakan pancaindera sendiri.
Meningkatkan kepekaan pancaindera
Meningkatkan isi pelajaran daripada mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak dan daripada diketahui kepada belum diketahui.
Melatih murid menumpukan perhatian terhadap ransangan persekitaran.
Penanggapan
Menggunakan kaedah induksi dan deduksi untuk membimbing murid menbentuk konsep yang baru.
Menolong murid menguasai bahasa untuk digunakan dalam membentuk konsep.
Menggunakan bahan-bahan konkrit untuk mengaitkannya dengan perwakilan simbol.
Mengajar menggunakan carta atau gambar rajah sebelum mengkaji situasi yang sebenar.
Ingatan & Lupaan
Membina kemahiran dan keyakinan sosial murid melalui kaedah pembelajaran kooperatif seperti perbincangan, hujahan dan berkongsi idea.
Membantu pelajar menyimpan maklumat dalam jangka panjang melalui kaedah seperti persembahan visual, akronim, ilustrasi komik serta pemahaman konsep.
Pemindahan Pembelajaran
Membantu murid membina pemahaman konasep yang teguh serta mereka mampu mengaplikasikannya dalam pelbagai situasi.
Memberi keupayaan kepada murid untuk lebih jelas akan perkaitan lama dan baru.
Membantu guru membuat persediaan mengajar berdasarkan peringkat perkembangan pelajaran.
Membantu murid membuat generalisasi
Kumpulan 4 : Suziane, Shirly, Ennisia, Iffah