Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kemahiran mendengar dan bertutur - Coggle Diagram
Kemahiran mendengar dan bertutur
KEMAHIRAN BERTUTUR
Maksud: Proses yang menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan alat-alat sebutan (artikulasi) manusia.
Konsep
Gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan
Menzahirkan pendapat dan perasaan
Kemahiran bertutur melalui pengalaman yang dipengaruhi oleh aspek fizikal,kesihatan,persektaran,jantina dan kecerdasan
Keupayaan mengujarkan kata-kata
Aspek pertuturan
Verbal
Sebutan : Mengenal huruf dan membunyikan suku kata,perkataan, frasa kata dan ayat
Tekanan: Cara dan bagaimana peutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentubagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan
Jeda : memisahkanelemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat
Kelancaran: Murid bole bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/terseka
Kefasihan: boleh membunyikan kata atau menyebutperkataan dalam ayat dengan jelas dan betul
Tatabahasa:
merujuk kepada aturan, formula, kaedah dantatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik
Bukan verbal
Merupakan bahasa tubuh sama ada signal, bahasa isyarat, mimik muka dan pergerakan yang menggunakan anggota badan
KEPENTINGAN:
Boleh menyatakan keinginan dengan tepat
Berpotensi untuk menguasai perbendaharaan kata dan membentuk struktur ayat yang lebih kompleks sesuai mengikut umur kanak-kanak
Mampu untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan sebaya, guru, pengasuh dan masyarakat
Pertuturan kanak-kanak akan lebih mudah difahami oleh pendengar
Kemahiran mendengar
definisi
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang berlaku pada peringkat penerimaan.
Melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai.
konsep
Kemahiran mendengar merupakan aktiviti yang merujuk kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur.
Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.
Kepentingan kemahiran mendengar kepada kanak-kanak
Membantu kanak-kanak menghayati perbualan harian secara formal dan tidak formal dengan baik
Memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik.
Membolehkan kanak-kanak memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengari dengan tepat.
Meransang kanak-kanak untuk memberi respon terhadap apa yang didengar