Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS-JENIS TERAPI : - Coggle Diagram
Terapi Pergerakan Kreatif : Merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan idea yang melahirkan secara simbolik melalui pergerekan . Memberikan penekanan terhadap elemen tubuh badan, masa, ruang, tenaga.
Terapi Hidro : Terapi air atau rawatan air . Terapi Hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik. Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangan fizikal pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental.
Terapi Pertuturan : suatu rawatan bagi memperbaiki kecacatan pertuturan . Terapi pertuturan dilakukan untuk membantu seseorang untuk menguasai pertuturan an komunikasi dengan lebih baik.
Terapi Cara Kerja :Satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam menghadapi aktiviti kehidupan harian.
-
-
Terapi Nyanyian : Dapat meningkatkan kesihatan dari segi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah laku dan kemahiran sosial serta kualiti hidup
Terapi Fisio : Terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar . Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang dan sebagainya.
Terapi Pasir :Pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi yang di sampaikan secara teori dan amali supaya murid boleh dilatih menggunakan daya kreativiti mereka ke peringkat yang maksimum
Terapi Main :Terapi bermain bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku, meningkatkan komunikasi, mampu menilai diri sendiri dan meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Terapi Seni Visual: Sebagai satu alat bantuan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estetika, menyumbang kepada kepuasan diri, meningkatkan imaginasi kreatif, menyumbang kepada penyelesaian masalah
Terapi Muzik : Alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal
-