Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SAINS TAHUN 4
UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
TAJUK : FOTOSINTESIS, Situasi 3…
-
-
-
3 orang pelajar iaitu Aidil, Mira dan Aina pulang lewat untuk mengulang kaji tentang proses fotosintesis. Tanpa disangka mereka terserempak dengan Cikgu Syafiq yang merupakan guru sains mereka di laman belakang sekolah .Mereka sepakat untuk menyapa guru mereka. Aidil, Mira dan Aina bertanya kepada Cikgu Syafiq tentang bagaimana proses fotosintesis itu. Cikgu Syafiq membawa mereka ke sebuah pokok untuk menerangkan bagaiman proses fotosintesis berlaku.
Cikgu Syafiq bersetuju untuk menerangkan kepada mereka bertiga bagaimana proses fotosintesis berlaku . Fotosintesis adalah tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk terus hidup dan membesar. Manusia dan haiwan boleh bergerak untuk mendapatkan air dan makanan tetapi tidak bagi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya bagi membuat makanan mereka sendiri. Proses membuat makanan ini dipanggil proses fotosintesis.
Cikgu Syafiq juga menerangkan keperluan proses fotosintesis bagi sesebuah pokok. Kata beliau, proses ini melibatkan karbon dioksida, air klorofil dan juga cahaya matahari. Tanpa salah satu perkara di atas, proses fotosintesis tidak dapat dilakukan.
Sambil memegang sepohon pokok, Cikgu Syafiq menjelaskan bahawa fotosintesis ini membekalkan makanan kepada semua organisma. Selain itu, proses fotosintesis juga terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
Cikgu Syafiq menjelaskan keputusan selepas proses fotosintesis berlaku. Aidil, Mira dan Aina dapat memahami bagaimana cara proses fotosintesis itu untuk dijadikan laporan pembelajaran.