Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) :
(A) Pada peringkat awal, BPMB memainkan peranan membantu usahawan yang terlibat dalam PKS melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan, latihan, dan khidmat nasihat, terutamanya kepada usahawan bumiputera.
(B) Pada Disember 1998, BPMB telah bertukar nama kepada Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) kerana menyediakan pembiayaan bagi projek-projek infrastruktur, terutamanya projek-projek yang disokong oleh kerajaan.
(C) Pada tahun 2005, bank ini menukarkan namanya kepada Bank Pembangunan
(D) Malaysia Berhad semula hasil daripada fungsi bank ini disusun semula dan sebahagian fungsinya diambil alih oleh anak syarikatnya yang baru ditubuhkan, iaitu Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank).
(E) Dengan penyusunan semula tersebut, BPMB memfokuskan penyediaan pembiayaan jangka sederhana dan panjang bagi projek-projek dalam industri yang intensif modal dan teknologi tinggi, manakala peranan membantu usahawan PKS pula diambil alih oleh SME Bank.
(F) Pada masa ini. BPMB menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang bagi projek-projek infrastruktur, maritim, serta industri-industri intensif modal dan teknologi tinggi dalam sektor perkilangan, dan petroleum & gas. (h) Di samping penyediaan pembiayaan kepada sektor-sektor tersebut, BPMB juga melakukan pelaburan strategik melalui anak-anak syarikatnya, iaitu Global Maritime Ventures Bhd. (GMV) dan Pembangunan Leasing Corporation Sdn. Bhd. (PLC).