Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkaitan Antara FPK Dengan KSSR, Perkaitan Objektif Umum BM dengan Fokus…
Perkaitan Antara FPK Dengan KSSR
Tunjang KSSR
Keenam-enam tunjang ini mempunyai perkaitan dengan aspirasi FPK, iaitu matlamat pendidikan negara untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik; seimbang serta sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani; percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berfikiran kreatif dan sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan negara; setia kepada negara; bertanggungjawab; menjaga hubungan baik dan mesra antara insan; serta memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
6 Tunjang: Komunikasi; Kerohanian, sikap dan nilai; Kemanusiaan; Literasi sains dan teknologi; Fizikal dan estetika; serta Keterampilan diri
Matlamat KSSR
Melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif, melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian sikap dan nilai
FPK pula melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Objektif KSSR
Objektif KSSR berkait rapat dengan unsur dalam FPK iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara dan lain-lain.
Fokus KSSR
Perkaitan dengan FPK untuk fokus pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KSSR lebih menjurus kepada konsep keterampilan.
Fokus Tahap 1:
-Murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis, iaitu konsep kembali kepada asas diberi penekanan yang khusus.
-Penekanan juga diberikan kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan berkonsepkan aktiviti didik hibur.
Fokus Tahap 2:
-Penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa.
-Penguasaan kemahiran bahasa membolehkan murid berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan. Melalui kemahiran membaca pula, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca.
-Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid untuk menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti.
-Aktiviti didik hibur membantu murid menguasai dan menghayati pembelajaran.
Perkaitan Objektif Umum BM dengan Fokus KSSR
OBJEKTIF UMUM BM
Memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
Bercerita, berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami, dan menaakul maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberikan respons dengan betul.
Membaca pelbagai bahan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.
Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk mengaplikasikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang santun.
Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit dan menulis ulasan.
Menghayati serta menghargai keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan, dan penulisan.
Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
Fokus KSSR adalah penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan objektif-objektif umum yang digubal adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.