Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONTEKSTUAL - Coggle Diagram
KONTEKSTUAL
Kelebihan
-
-
-
-
-
Guru dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya, mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan dan menjadi penghubung antara pihak akademik dan industri
Pelajar dapat mengaitkan kandungan pelajaran dengan kehidupan harian, dapat memindahkan kemahiran yang diperolehi kepada situasi sebenar, boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit serta dapat belajar secara kerjasama antara rakan-rakan
Proses yang terlibat
Mengaplikasi (Applying)
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain.
cth: guru membawa pelajat ke kantin sekolah untuk melihat sendiri cara mengendalikan makanan yang betul kemudian mengaplikasikannya semasa dirumah.
-
-
-
Mengalami (experiencing)
Menimba pengalaman melalui eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran kontekstual. Bahan pengajaran spt video, naratif atau aktiviti berasaskan teks membantu pelajar.
cth: pelajar dibawa ke bilik tayangan untuk melihat demonstrasi serta membuat latihan amali merawat kecederaan semasa bermain. Pengalaman ini boleh digunakan apabila mereka berhadapan dgn situasi sebenar.
Definisi
yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
Wilkinson (1999): Pendekatan kontekstual berdasarkan kepada konteks yang akan membolehkan pelajar mengguna pengetahuan lampau bagi menghasilkan pembelajaran bermakna.
Membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful)
Pembelajaran mengikut konteks atau dalam konteks, (konteks= keadaan, situasu dan kejadian
Konsep
Pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu yang membawa kepada pembelajaran bermakna
Minda akan mencari maksud dalam konteks secara semulajadi dengan mengaitkannya dengan persekitaran semasa
-
Kadar keaktifan pelajar
Dengan menggunakan pembelajaran berasaskan kontekstual, kadar keaktifan pelajar sebanyak 80%. Ini kerana pelajar dapat mengalami sendiri isi pembelajaran yang diajar guru. Dalam masa yang sama, semasa aktiviti pembelajaran sedang berlaku secara tidak langsung murid akan mengajar rakan-rakan yang lain. Ini dapat mengukuhkan lagi ilmu yang diperolehnya.
-
-
Peranan guru
-
-
-
Merancang pengajaran dengan mengaitkan konsep atau teori yang dipelajari dengan mempertimbangkan pengalaman yang dimiliki murid dan lingkungan kehidupan mereka.
Melaksanakan pengajaran dengan selalu mendorong murid untuk mengaitkan apa yang sedang dipelajari dengan pengetahuan/pengalaman yang telah dimiliki sebelumnya dan mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan fenomena kehidupan sehari-hari.
Peranan murid
Murid berperanan sebagai pemproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Murid juga perlu melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Ini kerana dengan melakukan aktiviti yang disediakan akan memberikan murid-murid pengalaman yang baru.
Dalam masa yang sama, murid perlu mengaplikasikan hasil pengalaman yang mereka peroleh dalam kehidupan mereka. Ini membolehkan pembelajaran itu penting dan bermakna.
Selain itu, murid-murid perlu bekerjasama dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Ini dapat meningkatkan perkongsian ilmu serta kemahiran komunikasi dalam diri murid-murid.
-
-
-