Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
-
Jenis Pembelajaran Gagne
Kemahiran Intelek
-
b) Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat menerangkan konsep, menggunakan rumus,prinsip dan membuat generalisasi.
c) Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu.
d) Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.
e) Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.
-
-
Sikap
Merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang.
Sikap seseorang dapat diperlihatkan melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.
Sikap boleh dipelajari dan dikuasai melalui pengalaman dan pemerhatian.
Guru perlu mengaitkan kejayaan dengan sikap yang tertentu atau penggunaan model yang boleh memupuk sertai mengukuhkan tingkah laku positif.
Kemahiran Psikomotor
Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dengan tepat dan betul.Melibatkan beberapa tahap iaitu:
- Pelajar akan belajar urutan yang berkenaan.
- Mengamalkan pergerakan psikomotor.
- Pemurnian pergerakan tersebut berasaskan maklum balas daripada persekitaran mereka.
Maklumat Verbal
Kebolehan seseorang mengungkap sesuatu peristiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan.
Membolehkan seseorang individu dapat melakukan sedemikian, dia perlu mempunyai kemahiran intelek dalam mengungkap atau menyebut sesuatu pernyataan, konsep,prinsip-prinsip atau prosedur.
Strategi Kognitif
Kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal sendiri proses -proses dalaman.
Contoh: Memberi perhatian, belajar,mengingat dan memikir sesuatu.
Pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.
Jenis Pembelajaran Bloom
-
Tujuan diperkenalkan untuk : menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi dalam pendidikan seperti menganalisis dan menilai bukan hanya menghafal fakta
Diperkenalkan pada tahun 1956 oleh ahli psikologi pendidikan, Dr. Benjamin Bloom