Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
Situasi Mendesak
Pembelajaran optimum berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian tertentu.
Contoh: Guru memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus pertandingan peringkat sekolah, jadi pelajar dapat belajar cara menyelesaikan masalah dalam mengurus program dengan pengalaman.
Pengalaman Langsung
Pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji.
Contoh: Guru menjalankan eksperimen supaya dapat membuktikan teori-teori yang dipelajari.
Mempelajari menggunakan alatan muzik secara praktikal.
Refleksi
Proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita.
Contoh: Menulis 'exit card' selepas kelas untuk menilai
tahap kefahaman murid dan hasil pembelajaran.
Sesuatu Yang Menyeronokkan
Merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.
Contoh: Melakukan kerja berkumpulan, menerapkan elemen permainan dalam pembelajaran.
Maklum Balas Berterusan
Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada penilaian yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan yang sama lagi.
Contoh: Guru perlu menyemak setiap hasil kerja murid.
Pembelajaran Informal
Pembelajaran yang tidak terikat pada bilik darjah sahaja ataupun pada waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa.
Contoh: Lawatan sambil belajar, menyertai pertandingan.
Perkaitan dan Corak
Pelajar membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa hadapan.
Sebelum memasuki topik baharu, guru mengaitkan pembelajaran dengan topik yang sebelumnya bagi mengukuhkan kefahaman.
Penglibatan Aktif
Pelajar membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
Pelajar yang terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran akan lebih cemerlang dalam pembelajaran.
Contoh: Melakukan aktiviti berkumpulan, di mana setiap murid perlu melibatkan diri dalam pembelajaran di dalam kelas.