Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN, Guru harus membimbing murid supaya dapat :,…
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
-
-
-
-
-
PEMIKIRAN ARAS TINGGI
- KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom, iaitu mencipta, menilai, menganalisis dan mengaplikasi.
- Pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah, iaitu :
-
-
-
-
-
-
-
-
PENTAKSIRAN FORMATIF
Pentaksiran yang dijalankan untuk mendapat maklumat pencapaian murid, pengetahuan dan kemahiran, maklumat yang diperoleh digunakan untuk memberi maklum balas kepada murid, membuat pemulihan dan menambah baik pembelajaran (Muijs & Reynolds, 2011).
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN FORMATIF
- Maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
- Dijalankan sepanjang pembelajaran berlangsung.
-
Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah:
-
-
- Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisen (Colin, Brown & Newman, 1989).
- Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan.
i.Murid yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat
ii. Murid yang mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul dan selamat.
-
iv. Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tatabahasa yang betul
Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984). Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Semasa belajar:
Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru.
Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran. Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran.
Sekolah adalah satu komuniti kecil tempat murid belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi murid dengan rakan, guru dan warga sekolah. Seterusnya sekolah perlu membina jaringan kerjasama dengan komuniti setempat, sektor awam dan sektor swasta dalam pembelajaran murid.
-
Program sekolah angkat atau kerjasama sektor awam,sektor swasta dan persatuan bukan kerajaan
Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.
Kolaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian.
Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:
- Kolaboratif boleh berlaku antara murid dgn guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.
- Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajaran.
Pembelajaran berkumpulan melibatkan sekumpulan murid-murid belajar danmenyelesaikan tugasan bersama-sama (Muijs & Reynolds, 2011).
-
Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-sama (Bruffee, 1993). Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama (Dillenbourgh,1999).
-
-
Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011). Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri.Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran.
Pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membangunkan insan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Pembelajaran seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik tetapi merupakan proses pembangunan insan secara menyeluruh.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual (Abell & Lederman, 2007).