Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 -Gelombang ke-3,…
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 -Gelombang ke-3
FPK
Peranan Guru dalam Merealisasikan FPK
Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan kandungan mata pelajaran.
Mengamalkan PdP yang dapat mengembangkan potensi individu secara menyeluruh.
Menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.
Mempelbagaikan strategi, kaedah dan teknik PdP.
Memberi tugasan/peluang kpd pelajar untuk memupuk sifat bertanggungjawab
FPG
Peranan Guru dalam Merealisasikan FPG
Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya, khususnya dalam bidang mata pelajaran mereka.
Sentiasa memlengkapkan diri dengan pengetahuan am dan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling.
Berkebolehan untuk memperoleh dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber.
Bertindak sebagai suri teladan yang mampu dicontohi oleh murid-murid dari aspek tingkah laku dan pengamalan nilai-nilai murni yang tinggi.
Berupaya berfikir secara kreatif dan kritis agar dapat memperkasa pemikiran anak didik dengan menjana idea-idea bernas dan kreatif secara berdaya saing.
Menggilap potensi murid-murid agar potensi mereka dapat digilap secara bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Menjadi pembentuk akhlak murid-murid menerusi didikan yang bersungguh-sungguh dan komited agar mereka menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.
Menjadi pembimbing kepada anak murid dari segenap aspek dengan menguasai kemahiran bimbingan dan kaunseling ahar mereka menjadi modal insan yang berkualiti.
"Guru yang berbudi pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia mengunjungi aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin"
11 anjakan dalam PPPM
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pelajaran di Malaysia.
Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.
Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
Ahli Kumpulan:
Suhairi Kubin
Valentina Tracy Galampas
Raylyn Basri