Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Strategi yang boleh guru guna pakai bagi meningkatkan
konsep kendiri yang…
Strategi yang boleh guru guna pakai bagi meningkatkan
konsep kendiri yang positif bagi murid yang introvert dalam bilik darjah.
- Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas, sudah tentu terdapat murid-murid yang mempunyai ciri-ciri sifat introvert.
- Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menunjukkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak dan kurang bersedia menanggung risiko.
- Individu ini nampak lebih tenang tetap agak penakut. Mereka tidak sukakan sesuatu kejutan dan sesuatu yang diluar jangkaan.
- Bagi mengatasi masalah dan membantu murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan suka mengasingkan diri maka, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid-murid tersebut di dalam kelas adalah lebih kerap
- Antara aktiviti yang boleh dipraktikkan oleh guru terhadap murid yang bersifat introvert terutamanya adalah di dalam kelas iaitu melibatkan murid tersebut di dalam aktiviti berkumpulan.
- Dengan penglibatan aktiviti berkumpulan atau mengetuai apa-apa sahaja aktiviti yang dijalankan di dalam kelas dan dengan cara ini, murid akan berasa bersemangat serta lebih berkeyakinan.
- Murid yang bersifat introvert boleh dilatih dengan melantik murid berkenaan sebagai ketua kumpulan atau menguruskan sesuatu aktiviti harian kelas seperti menjadi ketua kumpulan untuk pertandingan kuiz atau sebagai pencatat markah.
- Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat perubahan diri dengan cuba untuk berinteraksi lebih banyak bersama ahli-ahli lain di dalam kumpulannya serta belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan dan kelas murid tersebut.
- Begitu juga pengurusan sesuatu aktiviti kelas seperti mengutip dan menghantar buku latihan, guru memberi arahan kepada murid supaya membuat pengumuman untuk peringatan kepada rakan-rakan berkaitan kerja sekolah atau tugas harian untuk kebersihan kelas dan sebagainya.
- Selain itu, melibatkan murid yang bersifat introvert dengan aktiviti-aktiviti yang mudahdan setimpal dengan kebolehan murid tersebut.
- Kebiasaannya murid yang bersikap introvert mudah berasa rendah diri dan tidak yakin dengan kebolehannya. Justeru, guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik tetapi mudah untuk difahami oleh pelajar tersebut dan beri peluang kepadanya untuk murid itu mencuba.
- Contohnya mengadakan soal jawab bersama rakan-rakan sekelas berkaitan sesuatu pelajaran iaitu dengan memberisoalan matematik yang mudah, membuat pertandingan meneka perkataan atau melengkapkan perkataan, dan sebagainya yang dapat menarik minat murid bersifat introvert.
- Setelah murid tersebut melakukan, sama ada betul atau pun salah, guru perlu memberi kata-kata semangat supaya ia tidak merasa rendah diri sebaliknya dapatmenambahkan keyakinan dalam diri murid tersebut dan tidak takut untuk mencubamelakukan berulang kali walaupun salah.
- Aktiviti yang lain pula adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang murid bersifat introvert.
- Guru harus memberi dorongan yang berterusan dan sokongan kuat kepada murid yang mengalami masalah introvert. Ini kerana guru adalah insan yang paling hampir dengan semasa waktu persekolahan.
- Contohnya guru perlu selalu untuk mendekati murid introvert ketika masa yang bersesuaian seperti pada waktu rehat, di mana sebahagian guru yang bertugas akan membuat rondaan di beberapa kawasan dan bercerita sesuatu yang menarik minat atau mendengar masalahnya sambil memberi kata-kata motivasi kepada murid tersebut.
- Mungkin dengan cara berikut, murid tersebut akan berasa ceria dan terasa dirinya sentiasa di ambil berat oleh gurunya. Ini menambahkan lagi motivasi di dalam diri murid tersebut dan potensiperubahan bagi murid yang bersikap introvert dapat menunjukkan lebih ke arah yang positif.
- Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya keranan ianya amat penting untuk diterapkan dalam diri murid yang bersifat introvert
- Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.
- Menurut Abraham Maslow, manusia selalu cuba mendapatkan kesempurnaan kendiri bagi membentuk perkembangan personaliti positif.
- Cohen (1995), menyatakan individu mungkin mempunyai konsep kendiri yang tinggi atau rendah.
- Contohnya, guruperlu menjalankan aktiviti pembelajaran yang menarik seperti kotak beracun, kerap mendekati murid tersebut dengan memberi kata-kata semangat atau perangsang tentangsikap yakin pada diri, tidak mudah rasa rendah diri, sentiasa mencuba supaya lebih berani tanpa rasa malu untuk melakukan dan sebagainya.
- Konsep kendiri amat penting kerana ianya merupakan perasaan, nilai, matlamat, dan kepercayaan individu pada dirinya sebagai seorang yang unik.
-
-