Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 & 5 BIDANG 6: JATI DIRI MORAL TAJUK:…
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 & 5 BIDANG 6: JATI DIRI MORAL
TAJUK: INTEGRITI INDIVIDU
Ahli Kumpulan
1) Muhamad Izzat Izzuddin bin Zainuddin (A187467)
3) Aina Nazifa binti Zulkifli (A189916)
4) Vistor Kasmin (A186374)
2) Vievyana Jacqlienne anak Dena (A187231)
Cadangan Nilai
Bertanggungjawab
Kejujuran
keharmonian
beretika
rasional
semangat bermasyarakat
Cadangan Isu
Peniruan dan penipuan semasa peperiksaan
Amalan pemberian rasuah
3.mencemarkan nama, kepercayaan dan keyakinan.
4.bersikap individualistik
5.menjejaskan masa atau membuang masa.
Hasil Pembelajaran
-Murid-murid dapat mengamalkan integriti individu dalam kehidupan harian.
Objektif Pembelajaran
-Murid - murid dapat mentakrifkan maksud integriti individu.
Standard Pembelajaran
-Menerangkan kepentingan integriti individu dalam setiap perlakuan
Standard Kandungan
-Menyatakan maksud integriti individu.
Storyline
Video 1 Pengenalan Tajuk Integriti Individu (Cikgu Azeem Sedang Mengajar Di Dalam Kelas)
(1) Standard Pembelajaran : Menerangkan kepentingan integriti individu dalam setiap perlakuan. (2) Standard Kandungan : Menyatakan maksud Integriti individu. (3) Objektif pembelajaran : Murid-murid dapat mentakrifkan maksud integriti individu. #Cikgu Azeem memberi latihan kepada pelajar untuk peperiksaan percubaan SPM beberapa sahaja lagi.
Video 2 (Pelajar Berjalan Kaki Ke Perkarangan Sekolah)
Sehari sebelum peperiksaan percubaan SPM, Fasha merancang untuk meniru bersama Aisyah kerana dia takut gagal dalam peperiksaan. Fasha mengugut Aisyah untuk memberi jawapan semasa peperiksaan. Sebagai ganjarannya, Fasha membayar Aisyah. Aisyah bersetuju setelah mendengar tawaran yang diberikan Fasha. Dua jam sebelum peperiksaan bermula, Fasha dan Aisyah merancang semula tentang strategi mereka untuk meniru dalam peperiksaan. Semasa peperiksaan berlangsung, perlakuan mereka yang mencurigakan ditangkap oleh cikgu Azeem semasa beliau membuat rondaan di dewan peperiksaan.
Video 3 (Situasi Di Dalam Bilik Disiplin)
Penerangan : Fasha dan Aisyah mengaku perbuatan mereka meniru dalam peperiksaan. Cikgu Azeem berasa kecewa atas perbuatan mereka. Mereka dikenakan tindakan disiplin dan digagalkan dalam peperiksaan kerana melanggar peraturan dan tatatertib semasa peperiksaan. Selepas nama mereka direkodkan, Fasha dan Aisyah meninggalkan bilik disiplin dan berasa menyesal atas perbuatan mereka itu.
Video 4 (Cikgu Azeem Menegaskan Mengenai Kepentingan Integriti Di Dalam Kelas)
Oleh kerana Cikgu Azeem tidak mahu kejadian itu berulang, Cikgu Azeem ingin menerapkan nilai integriti dan memberikan contoh perbuatan yang tidak baik iaitu meniru dalam peperiksaan. Setelah itu, Cikgu Azeem meminta Akmal untuk menyatakan maksud integriti. Akmal dapat menjelaskan maksud integriti dengan baik. Integriti amat penting supaya dapat membentuk individu yang bertanggungjawab dan jujur atas setiap amanah yang diberikan. Kesimpulannya, Cikgu Azeem berharap agar pelajar dapat mengamalkan integriti individu dalam kehidupan.