Latihan dalam perkhidmatan adalah program dan aktiviti bertujuan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan perancangan, prosedur dan tanggungjawab dalam mengekalkan iklim sekolah selamat. Sekolah diminta memberikan pertimbangan masa dan sumber dalam melaksanakan latihan ini. Antara tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan latihan adalah plan menangani krisis, kesedaran terhadap pencegahan dadah, gangterism, senjata berbahaya, penglibatan warga sekolah dalam menghadapi penyelesaian konflik, mengurangkan tingkahlaku ganas dan pembimbing rakan sebaya. Warga sekolah juga bertanggungjawab mengelak, mengurus dan bertindak balas terhadap setiap krisis yang timbul.