Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
AUGMENTED REALITY DALAM PENDIDIKAN - Coggle Diagram
AUGMENTED REALITY DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN AR
JENIS-JENIS [AR]
Marker based tracking
Teknologi AR yang menggunakan marker atau penanda objek dua dimensi yang memiliki suatu pola yang akan dibaca oleh komputer melalui webcam atau kamera yang bersambung dengan komputer, biasanya ia merupakan ilustrasi hitam dan putih persegi dengan lorekan hitam yang tebal dan berlatar belakang warna putih.
Contoh Marker Based AR
Marker-less Based Tracking
Marker based tracking lebih sukar untuk diapliksikan kerana marker tidak dicetak bagi menampilkan elemen-elemen digital .Namun dalam teknologi AR jenis ini, marker dapat dikenali menerusi peranti, arah dan lokasi. Teknologi AR jenis ini juga perlu mengesan pola, warna atau fitur yang telah dhalakan pada kamera
Contoh Markeless Based Tracking
Face tracking
Teknologi AR dengan berasaskan Face Tracking adalah dengan cara mengesan wajah manusia
3D Objek Tracking
Teknik 3D Object Tracking beroperasi dengan cara mengecam objek 3D yang ada di sekitar
Motion Tracking
Teknik Motion Tracking banyak digunakan dalam penerbitan filem dan perisian permainan dengan membuat simulasi pergerakan
GPS Based Tracking
Teknologi AR jenis ini beroperasi dengan memanfaatkan fitur GPS dan kompas yang ada pada telefon pintar.
SEJARAH AR
Diperkenalkan oleh Thomas P Caudell dari Boeing pada tahun 1990
Awal 90-an
Pemasangan Maya yang menggunakan sistem robotik yang kompleks untuk pemprosesan grafik berkelajuan tinggi 3D
Tahun 2000
Bruce Thomas membangunkan sebuah permainan outdoor AR bergerak yang dipanggil ARQuake
Tahun 2009
ARToolkit (alat rekabentuk) disediakan di Adobe Flash
Tahun 2013
Google mengumumkan beta terbuka Google Glass
Tahun 2015
Microsoft mengumumkan headset HoloLens AR
FUNGSI/TUJUAN AR
Guru boleh menerapkan gaya pembelajaran dengan cara yang pelbagai
Memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengeksplorasi cara pembelajaran mereka sendiri
Memberi peluang kepada pelajar dalam menjadikan pembelajaran mereka lebih menarik
Membantu meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam bilik darjah
DEFINISI AR
kombinasi mudah antara dunia nyata dan maya
teknologi digital yang menggabungkan elemen maya dan dunia sebenar.
KONSEP AR
AR sebagai alat bantu simulasi
AR sebagai alat pembelajaran yang membantu subjek yang memerlukan teknik demonstrasi seperti tajuk berkaitan ibadah
AR sebagai pengganti eksperimen
Teknologi AR mampu menggantikan eksperimen kerana membolehkan sesuatu yang abstrak menjadi konkrit dan sesuatu yang kaku kepada hidup
AR sebagai pengganti objek maujud
Pengguna boleh memegang dan menggerakkan objek menggunakan tangan seolah-olah objek yang sebenar
CIRI-CIRI TEKNOLOGI AR
Membolehkan interaksi mudah antara pelajar dan pendidik
Memberi maklumat yang jelas dan ringkas kepada pelajar
Gabungan antara dunia nyata dan maya dalam persekitaran yang kelihatan sebenar
BLIPPAR
SCAN TO START
LANGKAH - LANGKAH
Download blippar
Register email
Tekan APP AR untuk memulakan AR projek
Pilih "start from scratch"
Create markers, boleh upload gambar atau autogenerate marker
Mulakan projek mengikut kreativiti anda, video pembentangan AR atau sebagainya
Masukkan "test code" di preview project untuk semakan dan panduan kod projek
1 more item...
KESAN / IMPAK
Menyediakan pembelajaran secara kontekstual bagi seseorang individu untuk mempelajari sesuatu kemahiran
Pembelajaran kontekstual : satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitarannya
Ia menekankan daya fikir yang tinggi, pemindahan maklumat, penyelesaian masalah dan sebagainya.
Memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengeksplorasi cara pembelajaran mereka tersendiri
Pelajar tidak hanya fokus kepada pembelajaran tradisional sahaja.
Sesuai dgn pembelajaran abad ke-21, pembelajaran adalah berpusat kepada murid.
Berkait dengan pembelajaran aktif (pelajar aktif dalam proses pembelajaran melalui penulisan, perbincangan, penyelesaian masalah atau refleksi).
Memberi peluang kepada pelajar dalam menjadikan pembelajaran mereka lebih autentik dan boleh menerapkan gaya pembelajaran yang pelbagai
Autentik = perkara yang boleh dipercayai iaitu ianya bukan rekaan.
Setiap visual yang dipaparkan di skrin itu menggunakan bahan-bahan seperti buku teks.
Buku teks itu adalah bahan rujukan yang sahih dan ia boleh dipercayai dalam pembelajaran.
Menarik minat dalam kalangan pelajar
Sebelum ini : pelajar hanya diberikan buku dan membaca apa sahaja cerita yang ada, pelajar pasti akan cepat bosan
Tetapi dengan aplikasi ini, pelajar akan lebih bersemangat dan mampu menarik minat untuk belajar
Ini kerana secara tidak langsung aplikasi AR mampu memberikan 'hadiah' untuk pelajar supaya berasa gembira belajar/membaca
KATEGORI PERALATAN AUGEMETED REALITY (AR)
AR 3D Viewer
Membolehkan pengguna memaparkan saiz sebenar model 3D atau imej secara realistik tanpa menggunkan penjejak.
AR Viewer dapat membantu pengeluar produk mempersembahkan produk baru mereka dalam saiz yang sebenar di premis mereka sendiri.
Contoh 3D Viewer
AR Browser
Membekalkan paparan kamera anda dengan maklumat kontekstual.
Sebagai contoh, anda boleh menghalakan telefon pintar anda pada mana-mana bangunan untuk mendapatkan paparan sejarah atau nilai anggarannya.
Contoh AR Browser
Gaming
Bayangkan permainan menembak zombie yang berjalan di bilik tidur anda sendiri!
Mewujudkan pengalaman bermain game yang lebih mendalam dan menyeronokkan yang menggunakan sepenuhnya ruangan di sekeliling anda
Contoh penggunaan terbesar AR dalam permainan (Gaming) adalah Pokémon Go, yang membolehkan pengguna menangkap Pokémon maya yang tersembunyi di seluruh peta dunia nyata.
APLIKASI AR YANG DIGUNAKAN DALAM PENDIDIKAN
Matematik
Aplikasi AR Photomath membolehkan pelajar mengimbas soalan matematik, kemudian AR kan menunjukan jalan pengiraan dan penyelesaian kepada soaln matematik tersebut secara animasi di alam maya.
:
Sains Komputer:
Aplikasi Tynker: Guru disediakan dengan bahan dan alatan untuk mengajarsubjek coding untuk permainan video. Ia juga membolehkan pelajar membina projek bilik darjah AR.
Sejarah:
Aplikasi 360cities: Membolehkan guru dan pelajar membuat lawatan maya ke tapak sejarah di seluruh dunia dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Kimia:
Aplikasi chem101 AR: Membantu pelajar memahami sebatian kompleks. Melalui kad khas. Pelajar boleh mengubah suai struktur molekul secara maya dan mencipta bahan baharu.
KELEBIHAN AR DALAM PENDIDIKAN
Dapat menggalakkan pembelajaran pelajar apabila sesuatu maklumat dibentangkan secara spatial atau temporal secara berhampiran antara satu sama lain.
Dapat mewujudkan sikap positif dalam kalangan guru apabila ia mampu memberi kefahaman yang jelas dan berkesan terutama perkara-perkara berasaskan kehidupan seharian kepada kanak-kanak.
Dapat menjimatkan masa dalam penguasaan sesuatu ilmu dan memberikan pilihan kepada guru untuk menggunakan media pengajaran yang lebih interaktif, menarik dan berkesan.
CARA AUGEMETED REALITY (AR) BERFUNGSI
Sensor dan kamera
Berperanan dalam mengumpulkan data mengenai interaksi pengguna dan menghantarnya untuk diproses
Hasil maklumat yang diperolehi dari kamera yang bertindak sebagai pengimbas persekitaran peranti. Akan menempatkan objek fizikal dan menghasilkan model 3D
contoh kamera telefon pintar biasa
Pemprosesan
Peranti AR memerlukan CPU, GPU, memori flash, RAM, Bluetooth / WiFi, GPS dan sebagainya untuk mengukur kelajuan, sudut, arah, orientasi dalam ruang dan lain-lain.
Pemancaran
Komponen ini merujuk kepada projektor miniatur yang terdapat pada headset AR.
Projektor mengambil data daripada sensor dan kandungan digital projek (keputusan pemprosesan) lalu dibawa ke permukaan untuk dilihat.
Pantulan
Sesetengah peranti AR mempunyai cermin untuk membantu mata manusia melihat imej maya.
Terdapat peranti AR yang mempunyai susunan ‘cermin melengkung kecil' dan terdapat juga peranti yang mempunyai cermin dua sisi untuk memantulkan cahaya ke kamera dan ke mata pengguna.
Matlamatnya adalah untuk melakukan alignment imej yang lebih baik.
CONTOH PENERAPAN AR DALAM PENDIDIKAN
Mempelajari anatomi makhluk hidup.
: Dalam matapelajaran biologi, teknologi yang berasaskan AR akan sangat membantu guru dan pelajar terutama dalam mempelajari anatomi beragam makhluk.
Melihat dengan lebih jelas jenis Atom dalam pelajaran Kimia.
: Mempunyai persamaan dengan mengenal anatomi makhluk hidup, dimana ketika mempelajari bahagian atom dengan menggunakan teknologi AR, proses itu akan lebih menarik dan pelajar akan
KELEMAHAN AR DALAM PENDIDIKAN
Pelajar masih belum mahir dalam penggunaan aplikasi kerana kurangnya pendedahan dengan pembelajaran berasaskan teknologi oleh guru secara meluas kepada pelajar.
Keterbatasan pelajar dalam penggunaan media pembelajaran yang bergantung kepada teknologi menyebabkan pelajar tidak dapat bertanya terus kepada guru.
Memerlukan rangkaian internet yang luas dan berkualiti dalam penggunaan aplikasi.