Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMIKIRAN FALSAFAH DAN SAINS ISLAM - Coggle Diagram
PEMIKIRAN FALSAFAH DAN SAINS ISLAM
Definisi Sains Islam
“Islamic Science is that scientific activity which takes place ultimately within the Islamic worldview (which can now be identified also as the Islamic conceptual environment): but as an extension of it directly within the Islamic scientific conceptual scheme (which can be identified also as the Islamic context of sciences).”
Pembahagian Ilmu Sains Islam
ILMU MUTLAK
teologi transendental
teologi eksperiental
ILMU FIZIKAL
ilmu-ilmu sains fizikal
Pandangan Semesta Dalam Sains Islam
elemen utama pandangan semesta dalam sains Islam adalah tafsiran الدين yang membawa maksud: A WAY OF LIFE
Sains Islam adalah berpandukan Al Quran & As Sunnah
Epistemologi Sains Islam
Tauhid (Asas)
Penggunaan maqasid shariah dalam penerimaan teknologi
Sarat dengan nilai dan agama
Tidak melanggar sempadan etika moral menurut Syariah
Wasatiyyah dan seimbang
Paradigma Sains Islam
Khalifah
= Seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah- supaya kehidupan manusia menjadi lebih teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah.
Istislah dan Diya'
= Istislah bermaksud kepentingan awam dan diya’ bermaksud pembaziran.
Tauhid
= Bahasa; Meyakini keEsaan Allah. Istilah; Di dunia hanya terdapat satu Tuhan iaitu Tuhan Pencipta alam
Adil dan Zalim
= Adil bermaksud mengambil tindakan dan membuat pertimbangan yang bertepatan dengan wahyu/ perintah Allah. Zalim bermaksud memesongkan sesuatu yang benar kepada kebatilan
Halal dan Haram
= Halal bermaksud baik dan berfaedah. Haram bermaksud buruk dan membawa kerosakan
Ibadah
= Melaksanakan tuntutan kehambaan dan pengabdian yang disertai dengan ketaatan sama ada secara lisan, hati atau dengan perbuatan sama ada dilakukan secara terang-terangan atau tersembunyi dengan hanya bermatlamat kerana Allah SWT
Ilmu
= Ilmu pengetahuan ialah pengetahuan yang disusun secara sistematik menggunakan metod tertentu. Ia merupakan satu proses untuk menemui kebenaran. Oleh itu ilmu pengetahuan mesti mempunyai sifat ilmiah, iaitu pengetahuan yang diperolehi melalui metodologi, sistematik dan logik.
Pusat Perkembangan Ilmu
DAMSHIK
Pusat pemerintahan berpindah dari Madinah ke Damsyik
dibawah pemerintahan Bani Umayyah (661-750M)
Perkembangan negara-negara Islam melibatkan penaklukan
gedung ilmu daripada pelbagai tamadun.
Zaman ini juga merupakan permulaan zaman penterjemahan daripada bahasa lain ke bahasa Arab.
20 buah sekolah, 100 tempat permandian, dan sejumlah tempat berkumpulnya para sufi di Damsyik telah ditubuhkan semasa kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi
Ilmu sains dan falsafah diperolehi dari Byzantine dan Parsi.
Begitu juga dengan ilmu dari India dan China
Perkembangan negara-negara Islam melibatkan penaklukan
gedung ilmu daripada pelbagai tamadun.
CORDOVA
Cordova menjadi tumpuan utama orang Yahudi dari Timur dan merupakan pusat kegiatan ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan
Berlaku asimilasi penganut Kristian dengan budaya Arab/Islam
Cordova (ibu kota Andalus) telah muncul sebagai kota ilmu pengetahuan yang ulung. Ia menjadi tumpuan para sarjana dan pelajar dari segenap pelosok dunia
Bandar utama mempunyai universiti yang tersendiri. Bandar
kecil mempunyai sekolah.
Masjid juga turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran.
BAGHDAD
Menjadi pusat kebudayaan yang hebat semasa pemerintahan Khalifah Abu Ja'afar al-Mansur (754-775M), Khalifah Muhammad al-Mahdi (775-785M), Harun al-Rashid (786-809M) dan Abdullah al-Ma'mun (813-833M).
900-1100M) - zaman keemasan dan kemuncak kemajuan tamadun Islam khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Bermula kegiatan ilmu perubatan
KAHERAH
Semasa pemerintahan khalifah al-Aziz (976-996M), Masjid al Azhar ditingkatkan fungsinya daripada tempat ibadah kepada sebuah universiti.
Masjid al-Azhar (Simbol kebanggaan Dinasti Fatimiyyah)
menjadi universiti Islam yang berterusan hingga sekarang.
Semasa pemerintahan Khalifah al-Hakim (996-1021M), sebuah akademi telah didirikan yang diberi nama ‘Dar al-Hikmah’ yang setanding dengan institusi-institusi ilmu di Cordova, Baghdad dan lain-lain.
Kerajaan Fatimiyyah di Mesir muncul sebagai sebuah negara Islam paling berkuasa di dunia.
Ekosistem Keilmuan Islam
AGAMA
Agama Islam menjadi pendorong utama dalam menuntut ilmu..
Ilmu yang dituntut adalah sesuai dengan pengajaran dalam agama Islam.
EKONOMI
Perkembangan pesat perdagangan antarabangsa yang didorong oleh kewujudan kota-kota besar negara Islam.
Kemunculan ilmu-ilmu baru dalam keilmuan Islam
POLITIK
Kestabilan politik pada zaman kegemilangan Tamadun Islam mendorong penduduk dari dalam dan luar negara untuk keluar masuk ke negara Islam bagi tujuan menuntut ilmu.
Minat dan galakan pemerintah negara Islam dalam meluaskan ilmu pengetahuan.
PERANAN PEMERINTAH
Khalifah Abbasiyah Harun al-Rashid dan puteranya, al-Ma'mun, yang mengikutinya, mendirikan Bayt al-Hikmah di Baghdad.
Khalifah seperti al-Rasyid dan al-Ma'mun secara langsung mendorong gerakan terjemahan iaitu terjemahan rasmi karya ilmiah dari Yunani ke dalam Bahasa Arab.
SOSIAL
Penubuhan sekolah dan universiti di bandar-bandar utama negara Islam.
Wujud sistem kuttab, institusi Pendidikan tinggi dan sistem madrasah.
Keadah-Kaedah Saintifik Oleh Para Saintis Muslim Terawal
Metod Saintifik - Ibn Khaldun
Metod Dignosis - Ibn Sina
Metod Eksperimen -Abu Bakar Al-Razi dan Jabir Ibn Hayyan
Metod Ujikaji Makmal - Ibn Haytam
Metod Observasi - Abu Bakar Al-Razi
BAYTUL HIKMAH
Bermaksud ‘Rumah Kebijaksanaan’. Ia adalah nama kepada sebuah perpustakaan umum yang didirikan oleh khalifah Harun al-Rashid.
Tujuan Baitul Hikmah didirikan ialah untuk menggerakkan usaha pengumpulan, penterjemahan, dan penyusunan manuskrip lama dan juga hasil karya baru sarjana Islam dan bukan Islam.
Dipercayai sebagai perpustakaan pertama yang paling lengkap, cekap pengurusannya, dan paling sistematik
PERANAN BAITUL HIKMAH
Menghimpun penterjemah dari pelbagai bangsa dan agama
Melibatkan pihak istana dalam kegiatan keilmuan
Membudayakan penterjemahan kepada masyarakat massa
Menginstitusikan pengesahan bahan terjemahan daripada pengarang asal
Menjadi agen pertukaran budaya dan pemindahan teknologi
Melahirkan penterjemah yang mahir dan pakar dalam pelbagai bidang
Menghidupkan budaya keperpustakaan
Berfungsi sebagai perpustakaan terbaik
1) Pengumpulan dan penyusunan manuskrip
2) Mentashih terjemahan daripada tamadun silam
3) Kegiatan penterjemahan
5) Pusat observatori astronomi
4) Penyalinan buku