Keesokkan hari. Ibu meminta auni dan waheeda untuk membantu nya mengemas rumah. Semasa mengemas rumah, waheeda terjumpa satu kotak yang mempunyai pelbagai judul buku yang berbeza. Lalu auni dan waheeda menyusun buku di dalam kotak itu mengikut susunan buku, novel dan majalah. Auni menanyakan kepada ibu adakah judul-judul buku ini juga tergolong dalam kata nama khas kerana dia teringat peristiwa di taman bunga kelmarin. Lalu ibu menerangkan bahawa kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup(manusia) dan kata nama khas hidup (bukan manusia).