Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI (DSKP TAHUN 2 SEMAKAN 2016) - Coggle Diagram
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
(DSKP TAHUN 2 SEMAKAN 2016)
Definisi Kurikulum PJ : Satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain psikomotor,kognitif,afektif,sosial dan emosi
Konsep Kurikulum PJ
Konsep Penggabungjalinan
Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak sama ada kemahiran dalam pendidikan jasmani atau kemahiran daripda matapelajaran yang lain
Konsep penggayaan
Perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam KBSR-latar belakang murid yang berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan bakat dan minat.
Konsep Penilaian
Suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi membantu guru dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran - dijalankan secara berterusan
Faktor Perubahan Kurikulum PJPK
Perkembangan Teknologi
Perkembangan teknologi pada masa kini semakin maju,teknologi ini membantu dalam pelaksanaan aktiviti PJPK. Sebagai contoh alat penimbang digital untuk pengukuran BMI
KPM selaraskan kurikulum berdasarkan penggunaan teknologi yang semakin canggih untuk membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan seterusnya amalan gaya hidup sihat.
Dasar Kerajaan
Berubah seiring dengan dasar kerajaan yang ditunjukkan oleh kerajaan iaitu mengelakkan pertindihan visi dan misi negara dan pendidikan negara.
Sebagai contoh penggunaan internet diperkenalkan dalam sistem pendidikan maka terdapat banyak topik dalam kurikulum PJPK yang perlu menggunakan internet seperti mencari lagu untuk tarian dan video tentang penculikan kanak-kanak.
Keperluan semasa / keselamatan
Perubahan kurikulum contohnya daripada KBSR kepada KSSR untuk memenuhi keperluan semasa.
Perubahan seperti ini bukan sahaja melahirkan muridyang berilmu malah berkemahiran tinggi untuk menjadi warganegara yang berkualiti tinggi seperti penduduk global yang lain
Budaya Masyarakat
Perubahan kurikulum disebabkan oleh pengaruh budaya masyarakat mengikut masa.
Sebagai contoh orang yang rajin dan kerap mengamalkan aktiviti fizikal dan rekreasi menyebabkan pengaruh kepada masyarakat lain
Perkara ini akan menyebabkan kurikulum PJPK akan lebih banyak digubal untuk melahirkan warganegara yang sihat pada masa akan datang