Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Jasmani dan KesihatanTahun 4

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

click to edit

click to edit

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BIDANG KEMAHIRAN

Pengenalan KSSR Pendidikan Jasmani


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai dan dikuasai oleh murid. KSSR Pendidikan Jasmani menekankan kepada kemahiran asas dalam pergerakan yang membolehkan murid melakukan pelbagai aktiviti fizikal untuk kesihatan dan mengamalkan gaya hidup aktif. Kemahiran asas dalam pergerakan yang terdapat dalam KSSR Pendidikan Jasmani adalah sejajar dengan perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak, pengetahuan serta nilai yang perlu dikuasai.


Kandungan KSSR Pendidikan Jasmani digubal dengan mengambil kira kebolehlaksanaan kemahiran, pengetahuan dan nilai bagi murid lelaki dan perempuan. Kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani. Kandungan kurikulum ini juga digubal dengan merujuk badan profesional kebangsaan dan antarabangsa seperti Dasar Sukan Negara, World Health Organization dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk murid sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai
panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.


Penggubalan KSSR Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas dengan menekankan Kemahiran Abad Ke-21.


KSSR Pendidikan Jasmani menyediakan murid dengan kemahiran gimnastik asas, pergerakan berirama, kemahiran asas permainan mengikut kategori, olahraga asas, rekreasi dan kesenggangan, konsep kecergasan dan kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan. Guru yang mengajar KSSR PJPK perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan fizikal berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antara disiplin ilmu Pendidikan Jasmani adalah pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan dengan menerapkan nilai estetika. PdP KSSR Pendidikan Jasmani juga dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan serta menekankan aspek keselamatan.


ASPEK 1.0: KEMAHIRAN PERGERAKAN (DOMAIN PSIKOMOTOR)

Pembelajaran Berasaskan Projek

Matlamat KSSR Pendidikan Jasmani
KSSR Pendidikan Jasmani bermatlamat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

click to edit

click to edit

click to edit

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran : Berasaskan inkuiri

Pembelajaran Berasaskan Kaedah Penerokaan

Objektif KSSR Pendidikan Jasmani
;

  1. Mengaplikasi konsep pergerakan semasa melakukan
    kemahiran asas pergerakan dengan lakuan yang betul.
  2. Menguasai kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan, jaring, pukul dan memadang dengan lakuan yang
    betul.
  3. Mengaplikasi kemahiran asas pergerakan dan komponen
    kecergasan semasa melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
  4. Melakukan senaman yang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
  5. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan.
  6. Mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
  7. Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
  8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
    9.Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
  9. Berinteraksi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.
  10. Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
  11. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

click to edit

Pembelajaran Berasaskan inkuiri

Pembelajaran Berasaskan Projek

click to edit

Pendekatan Teaching Games for Understanding

Pendekatan Bersepadu

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Secara Kontekstual

click to edit

click to edit

Tanggungjawab Kendiri

click to edit

Fokus KSSR Pendidikan Jasmani
Terdapat tiga fokus KSSR Pendidikan Jasmani iaitu: menguasai kemahiran asas pergerakan berdasarkan konsep pergerakan dan kemahiran asas permainan mengikut kategori; mengaplikasi konsep kecergasan dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen pengurusan dan keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi sosial dan dinamika kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.



Fokus KSSR Pendidikan Jasmani diterjemahkan dalam Bidang Kemahiran dan Bidang Kecergasan seperti Rajah 2. Kandungan kurikulum ini juga dibahagikan pemberatannya sebanyak 75% Bidang Kemahiran dan 25% Bidang Kecergasan.

click to edit

Standard Prestasi KSSR Pendidikan Jasmani
Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi dibina berdasarkan rubrik yang menunjukkan tahap penguasaan murid terhadap Bidang Kemahiran dan Bidang Kecergasan yang dikuasai melalui proses PdP yang menggunakan ansur maju. Rubrik juga dibina berdasarkan taksonomi psikomotor, kognitif dan afektif bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam Pendidikan Jasmani.
Standard prestasi mengandungi enam tahap penguasaan yang disusun secara hierarki di mana Tahap Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan tahap penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid dan pelaporan individu.

EMK

click to edit

Bahasa

Pernyataan Tahap Penguasaan Umum KSSR Pendidikan Jasmani Screenshot 2022-12-12 at 10.16.10 AM

Kelestarian alam sekitar

nilai murni

sains dan teknologi

click to edit

click to edit

click to edit

click to edit