Organisational and Structure of TVET Administration

KEPIMPINAN

🖊 Kepimpinan adalah pembentukkan awal serta pemeliharaan struktur dalam harapan dan interaksi - merupakan proses mempengaruhi ahli kumpulan dalam aktiviti kerja.
(Stogdill, 1974)

🖊 Menggerakkan kumpulan ke suatu arah melalui cara yang dipersetujui. Kepimpinan berkaitan dengan cara menghadapi perubahan. pemimpin meletakkan arah tuju dengan membentuk visi masa depan, berkongsi visi dan mendorong ahli kumpulan untuk mengatasi rintangan.
(John Kotter, 1988)

🖊 Kepimpinan adalah kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi
(Kim & Maubourgne, 1992)

PERANAN
PEMIMPIN

🖊 Mengenal pasti pendekatan terbaharu

🖊 Memberi inspirasi dan motivasi kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perkara

🖊 Mewakili organisasi pimpinannya

🖊 Jurucakap organisasi

CIRI-CIRI
PEMIMPIN

🖊 Dominasi

🖊 Bermotivasi

🖊 Berkarisma

🖊 Suka bergaul

🖊 Bertenaga

🖊 Bertanggungjawab

🖊 Keyakinan diri

PERANAN PEMIMPIN DALAM ORGANISASI

🖊 Sumber rujukan

🖊 Suri teladan

🖊 Pedorong

🖊 Pembimbing

🖊 Wakil organisasi

🖊 Pendamai

🖊 Pakar

PENYELIAAN

👱🏻 adalah satu seni (kemahiran) untuk menyiapkan sesuatu menerusi orang lain. Penyeliaan melibatkan akitiviti-aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang dirancang bersama-sama antara majikan dan pekerja.

SIAPAKAH
PENYELIA?

👱🏻 Seseorang yang diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk merancang, mengelola, memimpin dan mengawal tugasan dan pekerjanya. Bertujuan untuk mencapai visi, misi dan objektif organisasinya.

PERANAN
PENYELIA

👱🏻 Penyelia memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi-strategi operasi.


👱🏻: Perlu dilengkapkan dengan konsep dan kemahiran-kemahiran supaya dapat bertindak sebagai liason antara pihak pengurusan dengan para perkerja.

👱🏻 Penyelia sentiasa menghadapi isu-isu seperti komunikasi, perhubungan antara peribadi, konflik dan ketidakpuasan semasa menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seharian.

👱🏻 Aktiviti penyeliaan melibatkan pekerja yang diselia dengan proses penyeliaan

TANGGUNGJAWAB PERANAN MELIBATKAN PROSES

👱🏻 Pembangunan kerja

👱🏻 Menilai hasil kerja

👱🏻 Pemantauan kerja

👱🏻 Kewangan

👱🏻 Penjadualan

👱🏻 Tugasan

👱🏻 Pelaksanaan kerja

TANGGUNGJAWAB
PENYELIA

👱🏻 Pengurusan masa

👱🏻 Memotivasikan pekerja

👱🏻 Menyelia prestasi pekerja

👱🏻 Pemantauan maklum balas secara berterusan

👱🏻 Mengenal pasti perkembangan aktiviti

👱🏻 Membuat keputusan

HIERARKI

❤ Berasal daripada perkataan Inggeris yang bermaksud kedudukan, tingkat, struktur & gred

❤ Susunan atau kedudukan tinggi rendah dalam organisasi, masyarakat berdasarkan taraf atau kekuasaan

FUNGSI
HIERARKI

❤ Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hierarki tertentu.

❤ Susunan itu menjelaskan hierarki jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab

PERKAITAN HEIRARKI DENGAN ORGANISASI SEKOLAH

🏫 Penggunaan sistem hierarki di sekolah untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan lancar.

🏫 Pentadbir sekolah perlu mewujudkan satu garis autoriti yang jelas menurun dari tingkat paling tinggi hinggalah tingkat paling rendah.

🏫 Organisasi sekolah yang baik mestilah mampu dikaitkan dengan sistem pentadbiran yang baik.

🏫 Carta organisasi memperlihatkan hierarki dalam organisasi.

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

🏫 Pentadbiran adalah satu corak tingkah laku yang didapati dalam semua organisasi manusia.

🏫 Merupakan proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.

🏫 Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.