Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori perkembangan Individu - Coggle Diagram
Teori perkembangan Individu
Teori perkembangan sosioemosi Eric Erikson
Terdapat 8 peringkat perkembangan emosi manusia daripada bayi kepada peringkat tua.
Peringkat 1- Kepercayaan vs ketidakpercayaan
Peringkat 2- Autonomi vs shame and doubt
Peringkat 3- Inisiatif vs Guilt
Peringkat 4- Industri vs kekurangan
Peringkat 5- Identiti vs kekeliruan
Peringkat 6- Keintiman vs pengasingan
Peringkat 7- Generativiti vs Stagnasi
Peringkat 8- Integriti vs kemunduran
Dalam setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyesuaian psikologikal kerana konflik emosi.
Teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg
Moral berkembang dalam 3 tahap.Setiap tahap mempunyai 2 peringkat. Setiap tahap mewakili pandangan individu yang berbeza semasa mereka menghadapi dilema atau masalah moral.
Peringkat pertama- Orientasi kepatuhan dan hukuman
Peringkat kedua- Orientasi ganjaran peribadi
Peringkat ketiga-Orientasi perlakuan baik
Peringkat keempat- Akur kepada sistem sosial & etika peraturan
Peringkat kelima-Etika kontrak sosial & hak individu
Peringkat keenam-Etika prinsip sejagat
Mengapa guru perlu mempelajari dan memahami perkembangan individu ?
1) Guru dapat merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.
Contohnya, guru perlu memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar seperti permainan melengkapkan jigsaw puzzle dan murid-murid perlu berfikir 'domain kognitif ( untuk mencari persamaan dan menggunakan tangan domain psikomotor- halus( untuk memadankan kepingan jigsaw ke atas papan jigsaw serta harus memiliki sifat 'domain afektif( yang sabar iaitu dapat menahan marah sekiranya susah untuk memadankannya
2) Guru boleh menerima keadaan murid-murid dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. Hal ini disebabkan perkembangan kanak-kanak berbeza menyebabbkan ada murid yang cepat dan lambat belajar. Contohnya, guru haruslah mengasingkan murid-murid tadi supaya yang cepat belajar tidak berasa jemu kerana mempelajari benda yang sama begitu juga dengan murid yang lambat tadi tidak ketinggalan dimana belum lagi mahir guru dah tukar kepada pembelajaran baru
3) Guru dapat mempelajari dan memahami sosiobudaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid-murid serta menyedia aktiviti yang dapat menyubur potensi kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi atau ke tahap optima. Contohnya langkah yang boleh dilakukan oleh guru adalah membuat lawatan sambil belajar ke merata-rata tempat yang dapat memberi pemahaman kepada murid-murid semasa proses proses pengajaran dan pembelajaran.
4) Guru boleh peka akan pengalaman sedia ada murid-murid dan merancang aktivitiyang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Jadi, guru hendaklah membuat kaji selidik terlebih dahulu terutamanya latar belakang keluarga melalui borang pendaftaran murid-murid dan juga memahami murid-murid tentang perasaan mereka semasadalam kelas. Contohnya rasa buah-buahan seperti durian, murid-murid yang pernah memakannya akan dapat bercerita tentang rasa dan bau buah durian di samping itu guru pula haruslah menyediakan buah durian sebenarnya sebagai set induksi.