Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PDP TERMASUK INDIVIDU BERKEPERLUAN…
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PDP TERMASUK INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS :
PERBEZAAN GAYA BERFIKIR
Merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar yang terhasil daripada perbezaan individu
Ada yang lebih selesa menggunakan audio, ada yang selsa menggunakan alat visual
Murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan tugasan. Murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru
OBJEKTIF PDP
Objektif PdP perlu ditentukan mengikut kemampuan murid. Untuk murid yang pintar, objektif yang ditetapkan perlulah lebih tinggi daripada murid yang lemah.
Objektif perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh Taksonomi Bloom. Ianya juga perlu diubah mengikut prestasi murid
KESEDIAAN BELAJAR
Kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama
Murid yang mendapat pendidikan asas di rumah dan pernah memasuki tadika akan kelihatan cukup bersedia, begitu juga sebaliknya
Murid yang pintar selalunya bersedia awal manakal murid yang lembam memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar
GANGGUAN PDP
Murid yang malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh akan menganggu PdP.
Murid ini akan membuat bising, menganggu rakan, dan tidak mendengar arahan guru
LATAR BELAKANG KEHIDUPAN
Murid yang tinggal di bandar lebih cemerlang kerana mempunyai latar belakang yang sempurna - Dapat menghadiri kelas tuisyen jika dibandingkan dengan murid luar bandar
PERBEZAAN SOSIAL
Murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif mengambil bahagian dalam PdP - Tidak teragak-agak untuk bertanya soalan dan menunjukkan pencapaian yang lebih baik
Murid yang introvert, mereka lebih gemar berseorangan - Akan menarik diri daripada penyertaan dalam PdP dan sentiasa rasa rendah diri dan malu untuk bertanya soalan
PERBEZAAN EMOSI
Murid-murid yang berasal dari keluarga bahagia serta mendapat asuhan ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi - Murid ini akan memberi tumpuan sepenuhnya, seterusnya dapat memperoleh pencapaian akademik yang baik
Murid yang berasal dari keluarga yang retak atau ibu bapa yang terlalu sibuk akan sentiasa mengalami masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian - Tumpuan mereka akan terjejas, seterusnya menjejaskan pencapaian akademik
KEBOLEHAN FIZIKAL
Kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan psikomotor. Keadaan ini jelas terbukti melalui kecergasan dan kemahiran kanak-kanak dalam sebarang kegiatan atau permainan tertentu yang bergantung kepada kematangan otoT-otot pada organ-organ yang penting
Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus menguasai asas iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira
Murid berkeperluan khas berdepan dengan masalah prasarana dimana pihak berwajib tidak menyediakan laluan kerusi roda bagi golongan ini