Watak dan Perwatakan Leftenan Adnan Wira Bangsa

Watak Utama: Leftenan Adnan

Latar belakang watak
Adnan ialah watak utama.Watak Adnan muncul dan aktif pada bahagian permulaan hingga ke bahgian peleraian. Adnan ialah anak sulung kepada Pak Saidi dan Mak Milah.
Dia mahir silat. Dia mendapat pendidikan di sekolah Inggeris.
*Dia pernah menjadi guru sekolah sebelum menjadi pegawai tentera.

Bijak dan mempunyai perasaan ingin tahu-
Dia menanya bapanya asal keturunan mereka yang dikatakan berdarah pahlawan.Adnan juga murid cemerlang di sekolah Inggeris. Selain itu,semasa menyertai Rejimen Askar Melayu, Adnan dapat mengesan perbuatan kumpulan askar Jepun yang menyamar sebagai tentera British keturunan Sikh dan dapat mengesan perbuatan khianat Samad yang menjadi pengintip pihak Jepun.

Dalaman

Berani
Contoh:Leftnan Adnan berani berjuang mementang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata

Bertanggungjawab-Adnan menjalankan tugasnya

Bijaksana
Contoh: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.


Patriotik
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.


Rajin
Contoh : Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.


Penyayang
Contoh : Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.


Pak Saidi

Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
Berpandangan Jauh:
Contoh:Seorang yang memetingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupaun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok

Bertanggungjawab
Contoh: Setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari

Rajin
Contoh:Setiap pagi dia menoreh getah dan mengerjakan sawah

Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda
Isteri kepada Leftnan Adnan dan mempunyai 3orang anak
Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematianya suaminya

Sophia

Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya. Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.


Tabah
Contoh:Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu

Bertanggungjawab
Contoh:Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula