TEORI PSIKOANALITIK SIGMUND FREUD
-pendekatan ini berdasarkan kepercayaan bahawa ingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yg tidak sedar
-Alam sedar merupakan tahap dimana ia merangkumi apa sahaja yang seseorang sedari tentang perkara-perkara tertentu. Alam sedar berkaitan dengan pemikiran, sensasi, perasaan, dan ingatan. Dalam erti kata lain ialah apa-apa yang kita sedang rasakan, ingatkan dan fikirkan pada masa kini. Semua perkara ini adalah perkara yang kita sedari sepenuhnya. Sebagai contohnya kita sedang gembira, marah, sepi, lapar, kenyang, inginkan sesuatu dan sebagainya lagi. Berdasarkan iceberg yang dirujuk oleh Freud itu tadi, peringkat alam sedar adalah di bahagian paling atas iceberg yang timbul.
-Alam pra sedar ialah tahap dimana ia mengandungi ingatan-ingatan yang tidak disedari pada masa kini, tetapi sebenarnya ingatan-ingatan tersebut dapat dan boleh disedari melalui proses memberi perhatian dan mengingat semula. Misalnya disini, katakanlah kita tidak ingat apa warna baju yang telah kita pakai semalam, tetapi perkara ini sebenarnya kita boleh ketahui dengan mengingat semula, kesannya proses ingatan itu dapat membuatkan diri kita sedar. Alam pra sedar ini berada pada tahap di antara tahap alam sedar dan alam tidak sedar, pada bahagian iceberg ia digambarkan berada di antara bahagian iceberg yang yang timbul dan bahagian iceberg yang tenggelam.
-Tahap kesedaran ketiga ialah alam tidak sedar. Tahap ini menurut Freud adalah merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini, ingatan-ingatan yang tersimpan pada waktu dahulu disisihkan daripada tahap sedar disebabkan oleh kerana tidak membuatkan seseorang selesa dan membawa kebimbangan, sesuatu perkara boleh menyebabkan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam emosi. Freud juga mengatakan bahawa tahap kesedaran adalah merupakan asas kepada tingkah laku manusia. Tahap alam tidak sedar ini mengandungi kesemua naluri (seksualiti) dan keinginan yang tidak dibenarkan masuk ke alam sedar. Tahap ini digambarkan dengan bahagian iceberg yang terletak dibawah permukaan air. Freud mengatakan bahawa hanya pakar sahaja yang boleh memahami tahap alam tidak sedar seseorang berdasarkan teknik perkaitan bebas (free association) yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian rawatan teori psikoanalitik ini.
ORAL 0-18 tahun
-❏ Personaliti bayi tertumpu kepada Id (prinsip kenikmatan).
❏ Dikuasai sepenuhnya oleh naluri mereka.
❏ Kehendak bayi adalah makan (mulut).
❏ Dikawal prinsip kenikmatan seperti: menghisap (menggigit). menelan
Memenuhi kepuasan: trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra & mudah kerjasama dapat dilihat dalam diri individu tersebut.
Tidak memenuhi kepuasan: personaliti yang pendiam, pasif dan orang yang suka merokok.
*Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan keras (lekatan menggigit) - bercakap kasar, agresif, suka gigit kuku dan pen.
ANAL 18-3 tahun
ANAL AGRESIF
-Kawalan ketat dan dikenakan peraturan yg rigid.
- Anak tidak mematuhi peraturan & membuang air merata-rata.
- Melahirkan anak bersifat zalim, ganas, pemarah & x berdisiplin.
ANAL RETENTIF
-perhatian yg berlebihan
-anak mematuhi arahan ibu bapa & tidak mempunyai pandangan sendiri
-Melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan & tidak mengendahkan perasaan orang lain.
FALIK 3-6 tahun
-peringkat kubul : kanak2 mula mengetahui jantinanya sama ada lelaki/perempuan
KANAK2 LELAKI
-oedipus kompleks : menumpukan kasih syg pd ibunya
KANAK2 PEREMPUAN
-elektra kompleks : berlaku persaingan dgn ibu bagi mndptkan kasih syg bapa & bersikap menentang ibunya
*Ibu bapa seharusnya peka terhadap perasaan anak. Bahagikan kasih sayang dan perhatian sama rata dan berlaku adil terhadap semua anak. Perlekatan pada tahap ini akan merenggangkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.
LATENSI 6 tahun-baligh
-Kanak-kanak mula bersosial.
● Mempelajari tentang peranan jantina dan lebih gemar berkawan dengan rakan yang sama jantina.
● Kanak-kanak lelaki - menguatkan sifat kelakian.
● Kanak-kanak perempuan - menguatkan sifat kewanitaan.
● Perlu diberi peluang bergaul (memenuhi keperluan sosial).
● Kanak-kanak tidak mempunyai kepuasan berkawan sewaktu kecil akan menunjukkan tingkah laku negatif apabila dewasa seperti:
-sukar bergaul, mengasingkan diri, suka menyendiri, terkongkong
GENITAL selepas baligh-dewasa
-Menampakkan kemunculan kecenderungan seks.
❖ Mula mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
❖ Memikirkan isu seperti: pasangan, perkahwinan, masa depan.
❖ Memuaskan segala apa yang tidak dapat dicapai sewaktu kanak-kanak.
❖ Pembentukan personaliti dipengaruhi oleh konflik-konflik pada zaman kanak2.
! Didikan dan layanan sewaktu kecik mempengaruhi personaliti seseorang.
! Ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu perkembangan kendiri kanak-kanak agar dapat mengatasi konflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.