Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERHUBUNGAN LUAR - Coggle Diagram
PERHUBUNGAN LUAR
-
FAKTOR
Sejarah
~ Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China, Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan Indonesia
~ Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand
Ekonomi
~ Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British
~ Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama. Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi negara
-
Geografi
~ Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia
~ Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masing-masing. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia
Demografi
~ Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin
~ Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
Kepimpinan
~ Kerajaan Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman menjalinkan hubungan dgn Amerika Syarikat yg mengamalkan dasar anti-komunis untuk mendapat bantuan menentang komunis.
~ Hubungan dengan Britain tetap diteruskan meskipun selepas kemerdekaan dan perjanjian pertahanan dengan Britian ditandatngani pada Oktober 1957
~Tunku bersikap pro-barat da hanya mengadakan hubungan dgn negara-negara bukan komunis seperti Britain, Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara jiran yg mengamalkan fahaman demokrasi
Politik
~ Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di Kampuchea.
~Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris.
~ Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia
Ideologi
~ Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia mewarisi sistem pemerintahan demokrasi dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis. Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah Melayu pada masa itu
~ Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi komunis apabila negara itu menyerang Taiwan. Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis
-
KESIMPULAN
~ Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
~ Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran